Tip | Panduan | Rahsia | Motivasi | Keusahawan Internet

10 November 2009

Final Piala Malaysia 2009: Apa Sebenarnta Berlaku Di Bukit Jalil

November 09, 2009 - Tahniah diucapkan kepada Pasukan Negeri Sembilan kerana menjuarai Piala Malaysia edisi yang ke 84 pada 7hb November 2009. Saya sebagai pemerhati bolasepak ingin memberi komen terhadap kejadian yang berlaku di Stadium Bukit Jalil pada hari tersebut. Saya berada disekitar stadium seawal pukul 11 pagi kerana ingin melihat sendiri kemeriahan suasana sebelum pertandingan.
Apa yang dilihat, pihak FAM, Pengurusan Stadium dan Polis yang dari awal mengetahui tiket sudah terjual 85,000 keping tidak mengambil kira kedatangan penonton yang datang dari jauh. Penonton yang kebanyakannya datang dengan keluarga, ada yang membawa anak kecil. Selain daripada khemah untuk gerai yang menjual jersi dan cenderamata, tiada khemah atau tempat yang tertutup lain di luar stadium disediakan untuk penonton berteduh. Semua sudah maklum yang tiap-tiap petang hujan lebat akan berlaku di Lembah Kelang.Suasana yang tenang pada mulanya telah bertukar menjadi sedikit tegang apabila petir dan kilat sabung menyabung tepat jam 3.30 petang. Penonton yang tiada tempat yang hendak dituju terpaksa berasak-asak kearah pintu masuk stadium dengan harapan pintu dibuka segera. Tiada tujuan lain selain untuk berteduh daripada hujan lebat.
Pihak polis dan pengurusan stadium macam buat tak nampak saja apa yang berlaku diluar sana.Padahal anak-anak kecil terpaksa berasak-asak ditengah-tengah lautan manusia. Hujan turun selebat-lebatnya pada jam 4.00 petang. Semua berada didalam risiko disambar petir atau pun lemas dipijak. Semua pihak yang tengok dari dalam stadium hanya memandang sinis hanya kerana mereka tersebut adalah penonton Kelantan yang sememangnya di anak tiri dalam segala hal. Pada pukul 4.30 petang suasana tidak berubah, hujan makin lebat, penonton tiada pilihan selain menggoncang dan merempuh pagar. Pagar yang dirempuh akhirnya terbuka dan seramai kira-kira 5000 penonton bolos.
Pada ketika itu, hanya ada 3 orang polis yang bertugas. Tidak seperti yang digembar-gembur kan dalam berita TV dan Radio sehari sebelum nya yang kira-kira 1500 polis akan bertugas. Disitulah ¡°turning point¡± kesilapan terbesar yang berlaku, penonton yang masuk tanpa diperiksa oleh pihak pengurusan stadium, FAM, polis dan RELA, membawa segala-galanya. Suka saya bertanya, siapa yang salah dalam hal ni dan siapa yang menjadi tuan rumah didalam perlawanan akhir ini? Pintu akhirnya berjaya ditutup kembali oleh pihak polis pada pukul 5.00 petang. Mulai daripada pukul 5.00 petang baru lah penonton yang berada diluar dibenarkan masuk melalui official gate. Tetapi apa yang menyedihkan, beg-beg tidak diperiksa. Ini tidak seperti Perlawanan Akhir Piala FA tempohari di mana beg-beg diperiksa dengan begitu rapi, air mineral berbotol tidak dibenarkan masuk.
Tapi pada malam tersebut, bukan setakat tidak memeriksa botol air mineral, beg dan mercun, malah air mineral dijual terbuka di dalam stadium.Tindakan pro-aktif dari pihak FAM dan Pengurusan Stadium Bukit Jalil perlu, berdasarkan pengalaman yang lepas semasa Pertandingan Akhir Piala FA dimana ianya juga membabitkan Pasukan Kelantan. Atau pihak FAM menunggu perkara ini berlaku dan akan menuding jari serta-merta kepada pihak KAFA.Apa salahnya official gate dibuka seawal jam 3.00 petang untuk mengelakkan kejadian buruk berlaku. Bayangkan 85,000 manusia berada diluar stadium, dan pihak pengurusan Stadium bercadang membuka official gate pada pukul 5.30 petang. Kalaulah official gate¡ dibuka seawal jam 3.00 petang maka ia memberi ketenangan kepada semua pihak yang terlibat.
Pihak polis dan RELA akan mempunyai masa yang cukup untuk memeriksa penonton secara teliti dan ini akan mengelakkan kejadian membawa masuk mercun dan botol air. Apa yang dilihat, pada pukul 8.45 malam di mana perlawanan sudah hendak bermula, beribu-ribu lagi penonton masih berbaris diluar. Di dalam hati setiap penonton yang berbaris tersimpan eagerness yang tinggi untuk menonton perlawanan tersebut. Ini menimbulkan creating un-necessary tension terhadap penonton yang masih berada diluar dikala wisel perlawanan dibunyikan.
Kenapa perkara ini tiada langsung dibenak mereka-meraka yang bertanggungjawab menguruskan perlawanan ini.Apabila penonton yang bolos akibat dari rempuhan pintu pagar tadi sudah berselerak di dalam stadium, apa lagi yang boleh dibuat oleh pihak pengurusan stadium, FAM dan polis. Mereka hanya menunggu untuk menyalahkan pihak lain. Pihak yang selalu disalahkan ialah KAFA.Kejadian ini adalah 100% diluar kawalan KAFA. Pihak KAFA tidak boleh dipersalahkan kerana mereka bukan yang menguruskan stadium dan mereka juga bukan tuan rumah.Memang semua pihak yang hadir termasuk saya sendiri tidak selesa dengan dentuman mercun yang tiada henti dari permulaan sehingga akhir perlawanan. Semacam berada di Baghdad kata pengulas sukan Zainal Abidin Rawop.
Tetapi apakan daya, bak kata pepatah, membenteras lebih baik dari mengubatinya.Sekarang, tiada pilihan lain, selain menyalahkan 100% kejadian ini kepada KAFA. Mereka akan didenda tidak kurang dari RM100,000, atau bermain stadium yang kosong atau tidak dibenarkan langsung dari menyertai MSL musim depan. Apabila dilihat dari sudut yang berbeza, ¡°contribution¡± oleh penonton Kelantan dari segi kutipan tiket, kalau mengambil kira jumlah penonton 65,000 orang, RM 1,300,000 telah berjaya dikutip pada malam tersebut. Tidak termasuk penonton Kelantan yang membeli tiket yang dikhaskan kepada penyokong Negri Sembilan, dan tidak termasuk consequences cost seperti jualan jersi, cenderamata, makanan dan minuman pada hari tersebut.
Penyokong Kelantan dan KAFA adalah pihak yang kalah dalam segala hal, walaupun kejadian ini boleh dibendung oleh pihak berwajib.Saya sebagai pemerhati sukan ingin memberi gambaran tindakan yang diambil oleh FAM terhadap KAFA dilihat sentiasa berat sebelah. Contohnya kejadian membakar trak polis di luar perkarangan Stadium Kota Bharu, yang tiada kena mengena dengan penonton (peniaga yang bergaduh dengan polis), pihak KAFA juga disalahkan. KAFA didenda lebih RM100,000 dan tidak dibenarkan beraksi di stadium tersebut untuk beberapa perlawanan. Kerugian setiap perlawanan semasa beraksi di Kuala Lumpur juga ditanggung oleh KAFA.
Berbanding kejadian penonton masuk ke padang dan ingin menumbuk pengadil di Stadium Ismail Nasirudin Shah di Kuala Terengganu, pihak PBNT hanya didenda RM 5,000 sahaja. Kejadian lontar mercun terhadap pemain Selangor (T. Surendran) ketika meraikan jaringan oleh peminat Terengganu, PBNT hanya didenda RM 6,000 sahaja. Tahap keselamatan pagar stadium tersebut juga tidak melepasi tahap FAM, serta kualiti padang yang teruk seperti yang dikomen oleh jurulatih mereka sendiri (Ken Worden) dan Peter Butler, tetapi pihak FAM masih membenarkan perlawanan diadakan di Stadium tersebut.
Kalau lah perkara ini berlaku di Kota Bharu, tindakan berlainan akan dilakukan. Kenapa tidak disuruh pasukan Terengganu beraksi di Kuantan yang mempunyai Stadium bertaraf antarabangsa? Kenapa FAM berdiam diri semasa kejadian memecah cermin kereta dan bas penyokong Kelantan di Perlis? Kenapa FAM berdiam diri apabila pemain Kelantan (Farisham) yang menunggu rawatan ditepi padang tercedera dibaling mercun di kepala oleh penonton Perlis ketika perlawanan separuh akhir tersebut, dimana ianya berlaku terang-terangan di saluran TV1 yang dipancarkan diseluruh Malaysia?Kenapa dilihat in-consistency berlaku? Dilihat terdapat keputusan yang bias dan bertindak hanya untuk pleased kan pihak atasan sahaja. Kelemahan sendiri ditutup rapi.
Harus diingat, fenomena bolasepak Malaysia kini kembali diwarnai kerana turning point yang dilakukan oleh pihak pengurusan KAFA yang menguruskan secara professional ala EPL dan sokongan peminat-peminat bolasepak Kelantan. Sehinggakan pihak pengurusan Tentera dan KL Plus juga berterima kasih kepada Kelantan kerana peningkatan hasil gate collection mereka semasa bertemu Kelantan di Stadium Selayang dan Cheras. Saya berharap pihak FAM membuat pertimbangan yang sewajarnya dan mengkaji dari segenap sudut sebelum menjatuhkan apa-apa hukuman terhadap KAFA.
Sumber: kelate.net

09 November 2009

Gempar! Hanya 2% Sahaja Yang Berjaya Dalam Affiliatte

Hanya 2% Sahaja Yang Berjaya Dalam Affiliatte! Biar betul ni...betul. Ini adalah hakikatnya dan saya rasa anda juga pernah cuba affiliatte dan tak dapat pendapatan, betul tak?
Maka, logiklah hanya 2% yang berjaya di dalam affiliatte. Promosi punya promosi, tak ramai yang berjaya mendapat komisen dari affiliatte kerana telah di setkan oleh pengendali affiliatte bayaran minimun contohnya rm50. Nak dapat 5 sale dari affiliatte pun susah.
Tapi tengok kepada jenis produk yang di jual. Kalau produk 'Mentor Jutawan' dari Irfan Khairi ni senang sikit nak dapat sale. Terkejut juga saya melihat sale yang saya buat dari produk ini. Tak pernah saya dapat buat sale sebanyak ni.
Kalau anda nak cuba-cuba berjinak di dalam affiliatte, cubalah ebook 'Mentor Jutawan" dari Irfan Khairi, insyaallah ada hasilnya.

07 November 2009

Panduan Memilih Bengkel & Seminar Perniagaan Internet

Sejak akhir-akhir ini banyak Bengkel & Seminar Perniagaan Internet tumbuh macam cendawan selepas hujan! Ramai usahawan-usahawan internet telah mengadakan Bengkel & Seminar Perniagaan Internet masing-masing sama ada melalui perkongsian dengan rakan-rakan usahawan ataupun secara bersendirian.
Jadi, post kali ini adalah sebagai panduan untuk anda memilih Bengkel & Seminar Perniagaan Internet yang sesuai anda untuk menjimatkan wang anda:
Tanya penganjur, Bengkel & Seminar Perniagaan Internet peringkat newbie/intermediatte/expert dan anda rasa anda di peringkat mana?
Apakah isi kandungan Bengkel & Seminar Perniagaan Internet ini. Kalau anda sudah tahu mengenai isi kandungannya, anda tak perlu sertai Bengkel & Seminar Perniagaan Internet ini kerana ini akan membazir wang anda.
1. Tengok siapa penceramahnya. Adakah orang yg anda kenal di dalam dunia internet, ataupun anda tahu namanya masa terjumpa Bengkel & Seminar Perniagaan Internet itu. Sertai Bengkel & Seminar Perniagaan Internet yang ada penceramah yang betauliah atau orang yg anda pasti telah berjaya di dalam perniagaan internet.
2. Tengok kos Bengkel & Seminar Perniagaan Internet ini, berapakah yurannya, berbaloikah dengan isi kandungannya. Jangan terpengaruh dengan ayat-ayat sales letter penganjur Bengkel & Seminar Perniagaan Internet ini.
3. Cuba cari Bengkel & Seminar Perniagaan Internet yang lebih kepada teknikal. Kalau setakat yang bagitahu kat mulut je cara-caranya, belum tentu lagi anda akan boleh buat sendiri bila balik ke tempat masing-masing.
4. Jangan terpengaruh dengan bukti-bukti yang di berikan oleh pihak penganjur. Ada juga penganjur yang menipu mengenai bukti-bukti ni.
Jadi, saranan saya, buat survey dulu tentang sesuatu Bengkel & Seminar Perniagaan Internet sebelum menyertai supaya anda tidak terasa ditipu di kemudian hari.

05 November 2009

Edit, Tambah & Buang Labels Pada Blog Blogspot

Setelah mencari-cari cara nak edit labels pada blos saya, terjumpa blog yang penuh info ini:

http://blogger-and-money.blogspot.com/2007/06/how-to-add-remove-or-edit-labels-on.html

Banyak bahan-bahan menarik di dalam blog ini untuk memantopkan lagi blos kita supaya nampak lebih profesional & dapat menarik lebih trafik.

Jangan malu & segan, silahlah berkunjung ke blog tersebut jika anda nak edit label blog blogspot anda.

Pemilihan Username Untuk Program Affiliatte

Tahukah anda. username dalam program affiliatte juga penting! Jangan ambil sebarang nama dan cuba cipta identiti anda sendiri dalam pemilihan nama untuk program affiliatte.

Daripada pemerhatian yang saya buat, username yang biasa di gunakan ialah:
specialoffer
bonus
jimat
download
...
dimana username ini dipunyai oleh orang-orang yang telah laman meceburi dunia perniagaan internet.

Tengok kepada nama-nama ini, dapatlah saya simpulkan bahawa, nama-nama yang di pilih mestilah mengambar atau memberikan user lain bersungguh-sungguh untuk downloah atau membuat belian dengan segera. Ini adalah salah satu teknik promosi di internet.

Bolehkan anda teka, siapakah yang biasanya gunakan username " specialoffer"?

02 November 2009

armanibrahim.blogspot.com: Otai Kedekut Vs Otai Pemurah

armanibrahim.blogspot.com: Otai Kedekut Vs Otai Pemurah

Otai Kedekut Vs Otai Pemurah

Emm.. mungkin tajuk kali ni panass sikit, tapi dunia internet ni kan...pendapat masing-masing. Apa pendapat anda dengan tajuk di atas?
Otai Kedekut adakah mereka yang membuat seminar-seminar dan mengenakan bayaran kepada meraka yang berminat? Bolehkah di katakan begitu? Otai yang memberi maklumat percuma adalah otai yang bijak? Betul ke?
Saya berpendapat, kalau otai kenakan bayaran, pastikan ilmu yang di berikan benar-benar berguna, tepat, mencapai objektif seminar dan peserta berpuas hati dengan bayaran yang di kenakan. Kalau setakat memberikan ilmu-ilmu yang biasa, yang boleh dapat dekat search engine, ilmu yang umum ( tidak detail )... saya rasa tak perlulah di kenakan bayaran. Barulah newbie boleh maju.
Tapi jangan terlalu pemurah, takut nanti newbie buat dakkk je ilmu yang di berikan. Apa pula pendapat anda?
"Mengikut kajian di wangcyber.com oleh seorang user, terdapat 20% Otai Kedekut di Malaysia dan 60% lagi Otai Pemurah di Malaysia. Ini bermakna usahawan internet di Malaysia senang berkongsi rahsia, panduan dan tip mereka kepada newbie."

28 December 2008

Fakta Penyakit Chikungunya

1. Apa itu Penyakit Chikungunya?
Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina. Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.

2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?
Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.
3. Adakah ia berjangkit?
Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.
4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?
Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.
5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?·
Demam panas mengejut· Sakit teruk pada sendi· Ruam pada badan· Sakit kepala Seorang pesakit boleh demam dari dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.
6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?
Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.
7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?
Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.
8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?
Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.
9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya·
Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong· Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.· Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.
10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit
Chikungunya?Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.

04 November 2008

Niagakit - bina laman web e-dagang dalam masa 24 jam je!

Wow, biar betul. BETUL. Labanon telah melancar produk terbarunya " Niagakit" untuk membina laman web e-dagang dalam masa hanya 5 minit.

Untuk pengetahuan semua, Labanon telah mendapat kontrak untuk mencipta laman web e-dagang " Upin & Ipin" berjumlah RM30K.

Hanya 5 minit, boleh jimat masa ni.

Kedai Online