Sneak Peak Strategy
Sneak Peak strategy adalah anda beri orang ramai “merasa” sebahagian dari produk anda. Jika anda mempunyai ebook yang mempunyai 10 bab, mungkin anda boleh bagi free 1 atau 2 bab secara percuma kepada public ataupun list anda. Jika produk anda berbentuk video, anda bolehbagi keratan video tersebut. Teknik ini amat popular dan cukup berkesan lebih-lebih lagi jika produk anda memang betul-betul bagus. Saya sendiri pernah membeli sesuatu produk setelah merasa sneak peak produk tersebut yang betul-betul memuaskan hati saya. Dan ternyata, produk yang saya beli tersebut memang betul-betul bagus.

Buzz Strategy
Teknik kedua adalah dengan membuat “buzz”. Teknik ini biasa dilakukan bagi mereka yang mempunyai blog dan list (err..boleh dipanggil internet marketer ke kalau takde blog dan list?). Trick disini adalah anda hendaklah membuat buzz tentang apa yang ada dalam produk anda bukannya tentang jualan. Maksudnya, jangan menampakkan diri anda ingin menjual sesuatu tetapi nampakkan diri anda sebagai seorang hero yang datang dengan sesuatu yang boleh menyelesaikan masalah semua orang Jika anda berjaya meyakinkan orang ramai bahawa produk anda akan “mengubah” sesuatu dalam hidup mereka. Percayalah, mereka tak sabar-sabar menanti kehadiran produk anda. Jika ini berlaku, maka matlamat product launching anda telah berjaya.
Satu lagi cara untuk membuat buzz adalah dengan memberi ebook/report percuma yang agak kontroversi untuk mencuri tumpuan orang ramai. Bila anda dah dapat tumpuan mereka, faham-faham sendiri la nak buat apa ye
Joint Venture Strategy
Merekrut JV partners juga adalah satu strategy yang WAJIB anda lakukan sebelum melancarkan produk anda. Ingat, diinternet anda tidak keseorangan. Ada ramai lagi internet marketers lain yang boleh membantu anda secara win-win situation. Betul, anda sudah tentulah mesti memberi sedikit keuntungan anda kepada para JV anda yang membuat sales. Kiasannya mudah, anda mahu sedikit bahagian dari kek yang besar ataupun bahagian yang besar dari kek yang kecil? Tak faham? Ok lah, anda mahu 5% dari RM10 000 ataupun 80% dari RM100?
Jika anda merekrut JV, anda akan dapat meluaskan prospek anda dan sudah tentu sales juga akan bertambah-tambah banyak berbanding jika anda hanya membuat marketing secara berseorangan. Jangan sesekali merasas syok sendiri dengan mengatakan yang anda tidak memerlukan JV. Ini adalah kesilapan besar yang dilakukan oleh newbies termasuk saya sendiri zaman muda-muda dulu Saya rasa cukup 3 tips untuk entri kali ini. Tak boleh tulis banyak-banyak nanti kering idea pakcik nak menulis Kepada yang ingin melancarkan produk, selamat mencuba tip-tip dari saya
0 Komen:
Post a Comment