Terima bayaran guna kad kredit

Cara terbaik untuk menerima bayaran di Internet adalah dengan membuka Akaun peniaga (merchant account). Anda boleh mendaftar merchant account dengan syarikat pemprosesan kad kredit.Syarikat pemprosesan ini akan bertindak sebagai orang tengah dengan menerima bayaran dari pelanggan anda dan kemudiannya menyalurkan pembayaran kepada anda.
Ketika mendaftar menggunakan perkhidmatan tersebut, anda perlu memberi maklumat perniagaan anda untuk direkodkan oleh syarikat tersebut supaya dapat menyalurkan pembayaran dengan sempurna.Syarikat pemprosesan kad kredit biasanya mengenakan bayaran untuk pendaftaran dan mengambil peratus yang kecil daripada bayaran pelanggan anda sebagai kos perkhidmatan.
Peratusannya berbeza dari syarikat ke syarikat.Kebiasaannya mereka mengenakan 3-6% daripada setiap transaksi.Jadi, jika sesuatu barangan itu berharga RM100, maka dalamlingkungan RM4 akan dibayar kepada syarikat pemprosesan. Kebanyakan syarikat pemprosesan kad kredit mengenakan bayaran pendaftaran yang agak tinggi.
" Dengan membolehkan kemudahan kad kredit digunakan,
jumlah pesanan dan pembelian dari pelanggan adalah 400% lebih
tinggi dibandingkan dengan cara tradisional diatas. "
Jadi pelaburan membuka merchant account adalah amat berbaloi untuk sesebuah perniagaan.Selepas memperolehi akaun daripada syarikat tersebut, anda akan diberikan cara menghubungkan muka surat memesan produk atau perkhidmatan laman web anda dengan halaman khas yang disediakan oleh syarikat pemprosesan tersebut.Apabila pelanggan anda membuat bayaran, syarikat tersebut akan menyalurkan bayaran kepada anda melalui cek ataupun bank.
Saya mengesyorkan anda menggunakan 2 Check Out oleh kerana harga pendaftarannya yang rendah dan perkhidmatan yangdiberikan adalah baik.


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 4:05 AM

0 Komen:

Post a Comment

Popular