ymail vs gmail

Nampaknya Yahoo Mail memperkenalkan ‘expansion’ terkini beliau yang lebih ringkas dan power iaitu ymail.com dan rocketmail.com tetapi ulasan saya lebih menjuruskan kepada Ymail kerana saya lebih suka kepada Ymail yang lebih ringkas dan seakan-akan Gmail. Berita baik bagi mereka yang ingin dapatkan domain email ‘khas’ contohnya seperti nama sendiri yang mungkin telah diambil orang pada gmail.com atau Yahoo.com atau pun nama syarikat yang telah diambil orang.

Yahoo seakan-akan ingin menyaingi pesaingnya yang terdekat iaitu Gmail.com yang sememangnya mempunyai pelbagai kelebihan termasuk mempunyai kelebihan dengan Mozila Firefox….. Ymail.com cuba menawarkan beberapa keistimewaan termasuklah ‘Unlimited’ kapasiti bagi Inbox mereka dan sebagainya.

Jadi, anda mempunyai pilihan sekarang dan bagi mereka yang mungkin ingin dapatkan domain email ‘khas’ seperti nama mereka sendiri yang mungkin telah diambil orang dalam Yahoo.com, Gmail.com. Hotmail.com atau sebagainya maka boleh ‘Sign-up’ segera dengan Ymail.com sebelum diambil orang sekali lagi.

Saya secara peribadi masih meletakkan Gmail.com sebagai email utama saya dan merupakan pelengkap bagi Perniagaan Internet saya namun tidak mengenepikan Ymail.com yang mungkin terdapat beberapa kelebihan lagi yang masih belum saya temui.


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 5:20 PM

0 Komen:

Post a Comment

Popular