Nuffnang Glitterati dan ahli biasa, apa bezanya?

Hari ini apabila saya membuka akaun Nuffnang, status saya sebagai ahli biasa telah di upgrade menjadi Nuffnang Glitterati. Ini menjadikan saya mempunyai banyak kelebihan berbanding ahli biasa. Apa perbezaan antara ahli biasa dengan Glitterati? Bagus sangat ke?Ok...jadi pada post kali ini saya nak bercerita serba sedikit mengenai Nuffnang Glitterati.Bagaimana nak upgrade jadi Glitterati?

Kepada sesiapa yang nak tahu biar saya terangkan. untuk menjadi Nuffnang Glitterati bukanlah perkara yang sukar, anda tidak perlu membuat register tambahan ataupun membuat sebarang pembayaran, apa yang penting anda sudah ada akaun Nuffnang. sekirannya anda belum miliki akaun nuffnang silalah register dulu. Sekiranya sudah ada, anda hanya perlu buang semua iklan lain yang ada di blog anda,tinggal hnya ads Nuffnang sahaja. PERHATIAN! Adsense dikecualikan, Jadi jangan buang pula. Iklan yang perlu dibuang hanyalah iklan daripada syarikat-syarikat lain dari Asia Tenggara.

Kemudian dalam masa 48 jam Nuffnang akan crawl blog anda dan apabila telah diperiksa tiada iklan lain, maka anda akan di upgrade jadi ahli Nuffnang Glitterati.

" Kelebihan Nuffnang Glitterati: "

Payment rates CPM
Earning akan meningkat sebanyak 20%
sehingga 50% berbanding nuffnang ahli biasa.

Payment rates CPC : minimum RM0.25 per klik berbanding RM0.15 sahaja
bagi ahli nuffnang biasa.

Payment Term : Bayaran akan dapat dalam masa 30 hari selepas
cash out berbanding 60 hari bagi ahli nuffnang biasa.

Peluang Pengiklanan : Lebih cerah berbanding ahli nuffnang biasa

Community Event : Diperuntukkan 70% kepada ahli Glitteri
berbanding 30% sahaja kepada ahli nuffnang biasa.

Pemenang pertandingan : 70% hadiah eklusif berbanding 30% hadiah tidak
ekslusif kepada ahli biasa.

Itulah dia kelebihan Glitterati. menarik bukan? Peluang untuk menjana pendapatan akan menjadi lebih tinggi, cepat dan keutamaan dalam beberapa hal. jadi sekiranya anda nak menikmati segala kelebihan ini, dipersilakan...

Sebarang komen mahupun pendapat amat dialu-alukan:


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 9:21 PM

0 Komen:

Post a Comment

Popular