Universiti Terbaru Di Malaysia Universiti Perdana siap 2013 untuk budak medik


 
 
Disini aku ingin berkongsi berita semasa yang berkenaan dengan terdapat universiti terbaru di Malaysia pada tahun 2011 ini…
 
 Jika anda semua belum mengetahui saya akan bagi tahu sekarang hehe… Nama universiti terbaru Malaysia ialah UNIVERSITI PERDANA.
 
Universiti Perdana iaitu sebuah universiti baru di Malaysia telah pun dilancarkan oleh  Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
Kerajaan akan menyediakan biasiswa yang besar kepada rakyat Malaysia yang dipilih menuntut jurusan perubatan di kedua-dua sekolah perubatan universiti itu.
Biasiswa itu adalah bagi penuntut Sekolah Graduan Perubatan Universiti Perdana (PUGSOM) dan Sekolah Perubatan Perdana University-Royal College of Surgeons in Ireland (PU-RSCI).
 
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini diumumkan sebagai Canselor pertama universiti Perdana ini.
Pengambilan pertama seramai 105 penuntut akan mengikuti pengajian mereka di fakulti sementaranya di ibu pejabat Mardi sini sementara menunggu kampus tetap Universiti Perdana ini akan siap pada 2013.

 
 
Antara tujuan pembukaan Universiti Perdana ini adalah untuk meletakkan Malaysia dalam peta dunia bagi menyediakan pendidikan dan penyelidikan serta perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia.
 
PUGSOM menawarkan buat pertama kalinya di Malaysia, program kemasukan mahasiswa selama empat tahun berdasarkan kurikulum Amerika Syarikat, dengan kerjasama Sekolah Perubatan University Johns Hopkins.
 
Sekolah Perubatan PU-RCSI pula menawarkan program lima tahun berdasarkan kurikulum konvensional, dengan kerjasama Royal College of Surgeons in Ireland.
Secara peribadi, bagus juga adanya Universiti Perdana ini. Pelajar perubatan tidak perlu lagi ke luar negara untuk melanjutkan pengajian. Ini dapat dapat menjimatkan kos kerana kos untuk belajar perubatan di Amerika dan di negara-negara lain sangat tinggi.


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 9:11 PM

0 Komen:

Post a Comment

Popular