KLIK IMEJ
Barisan Nasional (BN) Selangor akan menganjurkan karnival empat hari 
bertujuan menyemai semangat 1Malaysia dalam kalangan masyarakat di 
i-City dekat sini mulai Rabu ini (28 Dis).
BN negeri telah menyusun pelbagai aktiviti berasaskan kekeluargaan 
terutamanya bagi belia di karnival bertemakan 'Karnival Sayangi 
Selangor .Karnival ini adalah penutup kepada semua program yang 
diwujudkan dan dilaksanakan oleh Barisan Nasional Selangor tahun ini 
demi manfaat penduduk di negeri ini.
KLIK IMEJ
Matlamat majlis ini adalah untuk mewujudkan kesedaran dan persefahaman 
dalam kalangan masyarakat umum mengenai pelbagai program pembangunan 
yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menghadiri majlis 
itu dan potret gergasi Perdana Menteri (Najib) yang dibentuk daripada 
gambar pelbagai wajah penduduk Selangor akan turut diserahkan kepada 
Najib pada majlis berkenaan.
Sumber KL POS
Psssttt... Jom kita hadir beramai ramai pada 28 hb December 
ini.....Kasi gegar Shah Alam

0 Komen:
Post a Comment