Bina web/blog... tak susahlah!

Sebenarnya tidak sukar untuk membina sebuah laman web. Jika anda benar-benar berminat, anda hanya perlu beberapa jam sahaja untuk ketahui cara dan terus boleh membina laman web.
Antara cara yang paling berkesan mengikut turutan untuk mempelajarinya adalah :
  1. Menghadiri kursus atau kelas membina laman web - Dengan kaedah ini anda akan di tunjukkan oleh seorang pengajar bagaimana untuk membina laman web. Kursus atau kelas ini selalunya akan menunjukkan perkara asas untuk membina laman web dan berlangsung selama satu atau dua hari. Selain memerlukan kos yang agak tinggi, anda juga perlu memperuntukkan masa untuk menghadirinya.
  2. Melihat Video Tutorial - Melalui kaedah ini, pengajar akan merakam aktiviti komputer mereka dengan software tertentu. Rakaman ini akan merekod setiap pergerakan tetikus, dan segala aktiviti yang di lakukan termasuk penyampaian dalam bentuk suara. Anda boleh melihat video ini dan terus melakukannya.
  3. Membaca buku atau e-book - Dengan kaedah ini, anda perlu membeli buku-biku teknikal mengenai cara membina laman web. Anda perlu membaca kandungan buku ini yang mungkin berpuluh-puluh muka surat dan kemudian melakukan dengan komputer anda. Kaedah ke tiga ini adalah yang paling sukar di samping memerlukan masa yang lama.


Apakah perisian yang diperlukan untuk membina laman web ini? Terdapat 3 perisian yang popular dan di syorkan untuk membina laman web ini.

1 - NVU - Perisian ini adalah percuma dan anda boleh downloadnya di http://www.nvu.com/

2 - Microsoft Frontpage - Perisian ini selalunya terdapat pada Microsoft Office.

3 - Dreamweaver - Amat-amat digalakkan kerana mudah di gunakan. Anda boleh download
perisian ini percuma di http://www.adobe.com/downloads/. Anda boleh menggunakan
perisian ini percuma selama 30 hari.

"Tanamkan di dalam fikiran anda bahawa membuat dan mengemaskini laman web/ blog bukanlah sesuatu yang susah."

Jika anda belum mendapatkan Mentor Jutawan anda, sila dapatkannya di sini.


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 3:40 AM

0 Komen:

Post a Comment

Popular