Nama 'Levi' adalah antara jenama yang paling terkenal di kalangan remaja seluruh dunia. Levi berjaya kerana beliau bijak mengenalpasti peluang perniagaan yang baik. Oleh itu, sebagai seorangusahawan, x  perlu berfikiran terbuka dan sentiasa menilai peluang-peluang perniagaan secara saksama. Gunakan pertimbangananda sendiri. Belum cuba, belum tahu.
Segalanya bermula daripada permintaan para pelombong emas diSacramento. Seandainya Levi tidak mempedulikan permintaanpelombong-pelombong itu, sudah pasti beliau hanya kekal sebagaiseorang peruncit kecil-kecilan.
Emas... besi kuning itu kini menjadi idaman setiap insan. Begitu jugapada kurun ke-19. Pada bulan Januari 1848, ketulan emas dijumpai diSacramento, California. Menjelang bulan September, akhbar-akhbarmelaporkan tentang ketulan emas yang banyak terdapat di kawasanitu. Apabila Presiden Polk (Presiden Amerika Syarikat pada masaitu) mengesahkan berita itu, ramai pemuda meninggalkan kampung halaman masing-masing dan mula menuju ke Sacramento.
"Kami akan pulang dengan kekayaan." Itulah janji setiap pemudakepada keluarga masing-masing. Malangnya, ia tidak semudah yangdisangka. Mereka terpaksa bekerja keras bagi mendapatkan ketulanemas itu. Pelbagai alat bantuan di-gunakan bagi melombong termasuklah letupan! Walau bagaimanapun, mereka tidak mempunyai seluar yang sesuai bagi melakukan kerja-kerja melombong. Beberapa pelombong merayu kepada Levi Strauss supaya menghasilkan seluar yang sesuai.
Pada masa itu, Levi Strauss adalah pengedar barang-barang keperluanharian di San Francisco. Pada mulanya, Levi cuba menghasilkanseluar dengan menggunakan khemah kanvas. Namun, hasilnya tidakseperti yang diharapkan. Selepas itu, beliau mencuba pula dengan
menggunakan kain kapas 'berat' daripada Perancis, iaitu denim.x, akhirnya beliau berjaya!
menggunakan kain kapas 'berat' daripada Perancis, iaitu denim.x, akhirnya beliau berjaya!
Levi juga memperkenalkan satu lagi inovasi apabila beliaumenggunakan kepingan besi bagi memperkuatkan bahagian tertentu padaseluar ciptaannya. Levi dan seorang tukang jahit, Jacob Davismemfailkan paten untuk idea itu dan semenjak itu, seluar jeansmenjadi semakin popular.
Jika Levi boleh berjaya dengan memenuhi permintaan yang belum dipenuhi, anda juga mampu!

0 Komen:
Post a Comment