Rahsia Strategi Meniru Utk Pelajar

 

Assalam mualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Rahsia strategi meniru untuk semua pelajar. Memang tidak salah dan ini banyak membantu pelajar mencapai kejayaan didalam peperiksaan. Strategi meniru ini boleh anda aplikasikan dimana saja hatta didalam dewanpeperiksaan.

Untuk menguasai strategi meniru ini anda perlu memahami beberapa prinsip agar minda anda memahami apa yang perlu ditiru. Strategi meniru ini bukanlah seperti meniru semasa menghadapi ujian atau peperiksaan seperti membawa nota-nota kecil atau yang sering diistilahkan sebagai 'toyol". Meniru begitu adalah menjadi satu kesalahan.

Prinsip pertama yang pelajar perlu memahami untuk menguasai Strategi Meniru ialah

- " Apa yang orang lain boleh lakukan, saya juga boleh lakukan sebegitu rupa".

Apa yang orang lain boleh capai saya juga boleh capai. Maksudnya disini anda dan sesiapa sahaja adalah serupa dan masing-masing menpunyai peluang yang sama rata untuk mencapai kejayaan.

Untuk masing-masing mencapai kejayaan adalah bergantung kepada STRATEGI yang digunakan. Tanpa strategi anda tidak mampu mencapai kejayaan.

Ramai pelajar yang masih keliru dengan Istilah STRATEGI meskipun didalam pelajaran saban hari guru-guru juga telah menerangkannya. Mungkin anda terlepas pandang.

Bila dikaitkan dengan STRATEGI ramai pelajar yang beranggapan strategi mestilah hebat dan kreatif seperti didalam filem Mission Impossible atau filem aksi yang lain. Setiap strategi memerlukan bantuan alatan canggih seperti didalam filem James Bond. Ramai yang beranggapan begitu dan bila diaplikasikan didalam pelajaran pula alatan seperti komputer atau note book yang mempunyai berbagai jenis tool atau softwear yang canggih yang akan memberi berbagai maklumat dan peringatan seumpama pembantu yang akan mengarahkan dan menyiapkan segala keperluan atau merencanakan startegi untuk kita.Jika begitu anggapan anda, biarkan saja komputer anda menjawab peperiksaan. Dibawah adalah rahsia pelajar cemerlang sebagai renungan untuk semua pelajar.

Sedikit renungan dari pelajar cemerlang 2008 Nik Nur Madihah
Seperti yang tersiar didalam UTUSAN MALAYSIA
Bagaimana timbulnya idea untuk mengambil 20 mata pelajaran dalam peperiksaan SPM tahun lepas?
Sebelum ini jika dilihat kebanyakan pelajar cemerlang datang dari keluarga yang senang seperti anak guru, pegawai bank, oleh itu, timbul idea saya mahu buktikan kepada masyarakat bahawa anak nelayan juga mampu mencatatkan kejayaan yang cemerlang seperti orang lain.Jadi, saya mencabar diri sendiri supaya mencatat sejarah dengan 20A.


Apakah resipi kejayaan dan bagaimana saudari belajar sehingga mencatatkan keputusan cemerlang ini?
Keputusan ini adalah di luar jangkaan, saya sasarkan hanya 18A. Paling penting ialah banyak berusaha dan belajar secara strategik, sekiranya timbul masalah cepat bertanya kepada guru dan selebihnya bertawakal.
Strategi yang saya maksudkan ialah memberi tumpuan sepenuhnya ketika belajar kerana saya tidak mempunyai jadual belajar yang khusus seperti orang lain. Saya belajar ketika terasa mahu belajar sahaja tetapi ia berterusan.


Siapakah di sebalik kejayaan ini dan bagaimana mereka membantu untuk kejayaan ini?
Ibu bapa dan guru-guru banyak memberi dorongan, tanpa mereka saya mungkin tidak mencapai kejayaan ini.
Saya sebenarnya merahsiakan kepada ibu bapa bahawa saya mengambil 20 mata pelajaran dalam SPM sehinggalah keputusan peperiksaan percubaan keluar baru saya beritahu kedudukan sebenar dan mereka memberikan sokongan malah ayah memberi cabaran tambahan.
Saya rahsiakan sebab saya mahu membuat kejutan. Jadi keputusan ini adalah sumbangan kecil saya kepada ibu bapa yang banyak berjasa untuk membesarkan saya.

Dorongan guru-guru di Sekolah Menengah Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) bagaimana?
Amat baik, malah guru yang menyelia saya, Mohd. Razali Konok mencadangkan supaya saya berhubung dengan bekas pelajar terbaik SPM 2006, Siti Fatimah Mukhtar, selepas itu saya sentiasa berhubung dengannya untuk mendapatkan nasihat.

Sebagai anak nelayan, bagaimana kehidupan saudari?
Kehidupan kami sekeluarga amat sukar, kadang-kadang tidak ada makanan. Oleh itu, sejak tahun enam saya mengamalkan puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis.
Secara purata saya akan membawa wang poket tidak sampai RM1 malah kadang-kadang tiada wang untuk makan di sekolah kerana wang yang diberikan oleh ayah hanya cukup untuk tambang bas ke sekolah kira-kira RM4 untuk pergi dan balik.
Di sekolah saya hanya makan roti atau bawa bekal nasi goreng. Saya menerima semua ini dengan reda kerana faham ayah tidak mempunyai pendapatan tetap secara purata sekitar RM500 – RM700 sebulan.

Bagaimana saudari belajar dengan keadaan rumah yang sempit dan kurang selesa ini?
Saya belajar di ruang tamu, Alhamdulillah tiada gangguan kerana tiga adik saya sudah besar dan dua daripadanya tinggal di asrama.

Adakah saudari merasa rendah diri berbanding rakan-rakan lain yang lebih selesa dan mewah di sekolah?
Tidak, malah saya menjadikan ia satu cabaran untuk mengubah kehidupan keluarga kami.
Kehidupan yang sukar terutama ketika musim tengkujuh atau bot ayah rosak menjadikan saya lebih insaf untuk berusaha bersungguh-sungguh. Pada ketika ayah tidak dapat ke laut, kami hanya makan nasi berlauk telur goreng.

Kenapa tidak tinggal di asrama dan adakah saudari mendapat kemudahan biasiswa?
Kalau tinggal di asrama kos lebih tinggi, lagi pun saya lebih selesa dan tenang belajar di rumah kerana tiada gangguan walaupun rumah tidak sebesar mana.
Saya tidak pernah mendapat biasiswa dari mana-mana agensi cuma sumbangan yang diberikan oleh guru-guru melalui Cikgu Razali sebanyak RM200 sebulan.

Adakah saudari mendapat tuisyen daripada pusat tuisyen di luar sekolah bagi mata pelajaran yang tidak diajar di sekolah?
Tidak, ayah tidak mampu. Saya beruntung kerana sekolah menyediakan guru lain untuk lapan mata pelajaran yang tidak diajar di sekolah, saya bersama rakan-rakan akan belajar subjek tersebut pada kelas tambahan ketika cuti hujung minggu tetapi bagi mata pelajaran sastera saya belajar sendiri dan tidak pernah mengikuti kelas secara formal.
Lapan subjek ini, Pendidikan Agama Islam, Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi, Tasawur Islam, Geografi, Sains dan Sastera saya belajar ketika tingkatan lima.

Bagaimana dalam tempoh setahun saudari mempelajari semua subjek-subjek ini?
Seperti saya jelaskan tadi, banyak berusaha dan bertanya. Idea untuk menambah lagi mata pelajaran hanya timbul ketika tingkatan lima kerana pada tingkatan empat saya terpaksa menumpukan pada 24 mata pelajaran termasuk 12 subjek agama untuk peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU).


Adakah saudari menjawab semua soalan mata pelajaran Sains dan Matematik seperti Fizik dan Kimia dalam bahasa Inggeris?
Ya, sebab lagi mudah dan ditekan oleh guru sejak awal lagi.

Apakah hobi dan cita-cita saudari?
Hobi saya ialah membaca, kalau ada masa lapang saya akan membaca terutama novel tulisan Faisal Tehrani. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang ahli fizik, disebabkan tidak ramai orang Melayu menjadi ahli fizik.

Di mana mahu melanjutkan pelajaran?
Di luar negara tetapi tempat khusus atau universiti mana saya tidak kisah.

Lihat setiap pelajar cemerlang mempunyai strategi masing-masing. Tanpa bantuan alatan canggih namun masih tetap menjadi seorang yang cemerlang.

Tiru startegi pelajar cemerlang ini. 

1. Mempunyai matlamat dan keazaman yang kuat
"...timbul idea saya mahu buktikan kepada masyarakat bahawa anak nelayan juga mampu mencatatkan kejayaan yang cemerlang seperti orang lain.Jadi, saya mencabar diri sendiri supaya mencatat sejarah dengan 20A".

2. Strategi yang digunakan
"Paling penting ialah banyak berusaha dan belajar secara strategik, sekiranya timbul masalah cepat bertanya kepada guru dan selebihnya bertawakal".
"Strategi yang saya maksudkan ialah memberi tumpuan sepenuhnya ketika belajar kerana saya tidak mempunyai jadual belajar yang khusus seperti orang lain. Saya belajar ketika terasa mahu belajar sahaja tetapi ia berterusan".

3. Meniru dari mereka yang telah berjaya
"...saya berhubung dengan bekas pelajar terbaik SPM 2006, Siti Fatimah Mukhtar, selepas itu saya sentiasa berhubung dengannya untuk mendapatkan nasihat".

Aplikasikanlah Strategi Meniru untuk kejayaan anda. Lihat dan kajilah strategi pelajar cemerlang didalam kelas atau sekolah anda gunakan. Lihat bagaimana mereka belajar seperti mengambil nota. Bagaimana mereka memberi tumpuan pada pelajaran. Bagaimana mereka menjawab soalan-soalan peperiksaan. Bagaimana mereka mengurus masa. Semua ini mampu anda tiru dan tidak menjadi satu kesalahan. Duplicatelah perkara-perkara yang baik dan diredhai yang anda sendiri mampu lakukan serta memahaminya dan bukannya copy and paste bulat-bulat seumpama pak turut.
Jumpa lagi :)


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 8:15 PM

0 Komen:

Post a Comment

Popular