Seorang penulis Barat, Christopher Badeaux percaya Datuk Seri     
 Anwar Ibrahim dan Dominique Strauss-Kahn akan berkongsi nasib     
 yang sama iaitu tersungkur sebelum cita-cita politik mereka       
 tercapai kerana terpalit dengan skandal seks.                     
                                                                   
                                                                   
 Beliau yang juga penulis beraliran kanan mendakwa kedua-dua       
 pemimpin itu turut mempunyai persamaan lain iaitu enggan mengakui 
 bukti hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dalam skandal      
 masing-masing.                                                    
                                                                   
                                                                   
 Menurut beliau, walaupun ujian DNA mengesahkan bahawa air mani    
 dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan adalah milik Anwar, tetapi 
 ketua pembangkang itu tetap menafikan perkara tersebut malah      
 menuduh ia konspirasi kerajaan Barisan Nasional (BN).             
                                                                   
                                                                   
 Drama yang sama jelas Badeaux, turut dilakukan oleh Strauss-Kahn  
 apabila menafikan terdapatnya bukti DNA pada baju pekerja hotel   
 di Manhattan, Amerika Syarikat yang dilaporkan cuba dirogol oleh  
 bekas Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) iatu     
 pada 14 Mei lalu.                                                 
                                                                   
                                                                   
 "Dalam kes Anwar, DNA beliau disahkan sepadan (dengan air mani    
 dalam dubur mangsa) pada April dan ia menjadi sebab utama untuk   
 mahkamah (Mahkamah Tinggi) memutuskan bahawa kes itu perlu        
 dibicarakan pada peringkat seterusnya (bela diri).                
                                                                   
                                                                   
 "Tapi Anwar mendakwa semua ini adalah konspirasi kerajaan dengan  
 menuduh DNA beliau diambil secara tidak sah, DNA tersebut palsu,  
 tidak sepadan atau apa sahaja cerita yang diperlukan pada hari    
 itu kelak (perbicaraan).                                          
                                                                   
                                                                   
 "Hal yang sama turut dilakukan Strauss Kahn. Dia menggunakan plot 
 cerita yang sama seperti didendang Anwar. Kedua-dua mereka yang   
 didakwa kerana skandal seks menolak hasil DNA," katanya seperti   
 dipetik daripada portal berita, http://newledger.com.             
                                                                   
                                                                   
 Mengulas lanjut Badeaux berkata, Strauss-Kahn sengaja mengitar    
 semula drama yang dilakonkan oleh Anwar demi kepentingan peribadi 
 kerana kedua-dua mereka mempunyai matlamat politik yang sama.     
                                                                   
                                                                   
 Bagaimanapun, beliau yakin dengan segala bukti termasuk penemuan  
 DNA, kedua-dua pemimpin itu kini berada di hujung karier          
 masing-masing yang dibina sejak berdekad lalu.
Anwar tersungkur kerana skandal seks
| 
 | 
Social Media Widget SM Widgets
Demo Blog NJW V2  Updated at: 8:19 PM
Contoh Blog - New Johny Wuss V2 Template

0 Komen:
Post a Comment