Amizudin Ahmat | Rm 400 000 saman

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, pagi ini memerintahkan blogger Amizudin Ahmat membayar ganti rugi RM300,000 kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim kerana menerbitkan perkataan fitnah terhadap menteri terbabit. 
 
 
Pada 31 Januari lalu, Rais memfailkan saman terhadap Amizudin, 42, yang juga anggota jawatankuasa sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), berhubung artikel yang diterbitkan dalam blog Amizudin, berserta gambar Rais, pada atau sekitar 28 Disember tahun lalu.
 
Tak pasal-pasal blogger kena bayar saman RM 300,000 kepada Rais Yatim, kalau banyak duit takpe la, RM 300,000 mana nak cari tu. Kalau ikut cerita dan keputusan di mahkamah blogger tersebut telah menuduh kepada Rais Yatim melakukan kesalahan serius iaitu merogol dan mampu membunuh pembantu rumahnya dari Indonesia. 
 
Inilah akibat membuat penulisan di blog yang tak beretika,tak sahih sumbernya sehinggakan seseorang dimalukan seperti dalam kes ini. Jangan kita jadikan blog sebagai medium untuk membuat perkara yang tak baik sebegini, membuat tohmahan, cercaan sehingga menjatuhkan aib orang.  Namun hanya tuhan sahaja yang tahu kebenarannya dalam perkara ini. Apa yang boleh diterima di dunia ini hanyalah kpercayaan kepada mahkamah sahaja, jika dibuktikan benar maka benar lah tuduhan tersebut, jika dibuktikan salah, maka kena la bayar saman.
 
Kepada blogger-bloger semua, terutama sekali di Malaysia ini di harap dapat menjaga etika ketika anda berblog, tulis la sesuatu yang bermanfaat kepada orang ramai. Kita semua nakkan kebenaran, tetapi bukan cara memfitnah. Ini adalah satu pengajaran yang sangat beerti kepada para blogger semua. Tak semua kat dalam internet ini boleh percaya. Kepada pembaca-pembaca blog ingatlah bahawa sesuatu yang kita baca dan terima perlulah kita nilai mengikut keupayaan akal dan pemahaman kita sendiri.
 
yeh yeh blogger boleh. Ambik ko kena bayar rm300000 + belanja mahkamah rm100 000. kerana blog badan binasa.


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 10:32 PM

0 Komen:

Post a Comment

Popular