Gambar - Proton Saga FLX CVT-Round 2

Saga FLX front (Gambar) Proton Saga FLX CVT Round 2
 
Untuk artikel Proton Saga FLX CVT ini, ada beberapa info yang telah didapati dan juga ada info yang perlu diperbetulkan dari artikel yang lepas mengenai Proton Saga FLX CVT yang bakal dilancarkan hari ini.
 
saga flx 3 1 (Gambar) Proton Saga FLX CVT Round 2
 
Proton Saga FLX, versi terkini Saga FL ini telah disahkan dilengkapi transmisi CVT 6-kelajuan, selain turut dilengkapi ciri keselamatan penting seperti sistem ABS dan EBD, tetapi tanpa BA. Semua itu dengan harga di bawah RM50k, rasanya model ini memang best! Soft launch Saga FLX telah ditetapkan pada 25 Julai 2011 (Isnin), manakala pelancaran rasmi akan diadakan pada Ogos depan.
 
Saga FLX 9 (Gambar) Proton Saga FLX CVT Round 2
 
Buat masa ini menurut sumber, hanya model 1.3 liter sahaja bakal dilengkapi transmisi CVT, mungkin versi 1.6 liter akan menyusul kemudian. Namun walaupun dilengkapi CVT, tiada paddle shifter untuk Saga FLX, jika ada Proton memang bermurah hati.
 
saga flx 13 (Gambar) Proton Saga FLX CVT Round 2
 
Berdasarkan beberapa maklumat terkini, terdapat 4 varian Saga FLX bakal menemui pelanggan, termasuk 1.3 CVT Executive (spek tertinggi), 1.3 MT (manual) Standard dan 1.3 MT (manual) Executive. Kesemua varian dilengkapi enjin CamPro IAFM, 4-Silinder DOHC dengan keluaran kuasa 94hp@5,750rpm dan 120Nm@4,000rpm tork maksimum. Transmisi boleh didapati sama ada manual lima kelajuan atau CVT enam kelajuan.
 
saga flx 12 (Gambar) Proton Saga FLX CVT Round 2
 
Saga FLX 1.3 CVT Standard sebagai model paling asas tidak dilengkapi ABS, EBD dan beg udara keselamatan (safety airbags) untuk pemandu dan penumpang depan. Agak menghairankan kenapa Proton tidak menambah ciri ABS, EBD dan beg udara keselamatan untuk Saga FLX 1.3 CVT Standard.
 
saga flx 15 (Gambar) Proton Saga FLX CVT Round 2
 
Sekali lagi, faktor keselamatan di ambil mudah disini walaupun beberapa teguran telahpun diberi.Berkemungkinan,sekiranya faktor keselamatan di ambil kira, sudah tentu harga Proton Saga FLX ini akan lebih mahal.Namun begiitu, ia bukanlah satu alasan untuk tidak mementingkan keselamatan pemandu dan penumpang yang berpendapatan sederhana.
Walauapapun, syabas diucapkan kepada Proton kerana sudah maju setapak lagi ke arah kenderaan yang lebih bertenaga dan lebih berkuasa dan jitu.Apa pandangan anda?
 
Kredit gambar: ArenaKereta


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 5:41 PM

0 Komen:

Post a Comment

Popular