JPJ Cadang Renew Lesen Memandu Ikut Tarikh Lahir-Setuju?

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang untuk menggunakan tarikh lahir dalam penetapan tempoh akhir lesen memandu.Anda setuju?
lesen memandu jpj JPJ Cadang Renew Lesen Memandu Ikut Tarikh Lahir Setuju?
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, cadangan itu sedang diperhalusi memandangkan ia dapat membantu pemandu mengingati tarikh luput lesen mereka.
"Kita dapati banyak kes pesalah trafik memberi alasan mereka lupa tarikh untuk memperbaharui lesen ketika ditahan dalam sekatan jalan raya," katanya pada pemberita di Wisma MCA di sini semalam.
Menurut beliau, asas kepada pelaksanaan skim itu ialah dengan membuat pelarasan tarikh tamat lesen memandu dengan tarikh lahir seseorang.
"Jika tarikh lahir individu tersebut yang akan datang tidak sampai enam bulan selepas tempoh akhir lesen memandunya, tiada bayaran akan dikenakan untuk pembaharuan," katanya.
Bagaimanapun jika tempoh antara kedua-dua tarikh itu melebihi enam bulan, bayaran pembaharuan yang akan dikenakan ialah separuh atau sebanyak 50 peratus.

Pada pendapat aku, implementasi begini tiada masalah.Tidak memperbaharui lesen memandu, bukan salah JPJ.Itu adalah salah masyarakat sendiri yang tidak mengambil tahu hal-hal lesen memandu dan sebagainya.Kami jangka,cadangan ini baik kerana kebanyakan mereka, memang lebih senang mengingat tarikh lahir sendiri.
 
Jadi, untuk menjadikan alasan tidak memperbaharui lesen kerana terlupa, sudah semestinya tidak boleh diterima.Apa pula pandangan anda mengenai cadangan ini? Setuju atau tidak?


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 5:40 PM

0 Komen:

Post a Comment

Popular