Keputusan Rayuan Ke IPTA Lepasan STPM/Matrikulasi Dan Setaraf

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ramai pelajar yang memohon ke IPTA bagi lepasan STPM dan Matrikulasi baru-baru ini tidak berjaya ditawarkan ke IPTA kerana perkara-perkara yang dinyatakan dibawah ini.Katanya:-
"Prosedur permohonan membenarkan calon menyatakan persetujuan memilih sama ada bersetuju atau tidak untuk menerima tawaran selain daripada lapan pilihan program yang dimohon.
 
"Jika calon ada menyatakan persetujuan untuk menerima tawaran selain daripada lapan pilihan semasa mengemukakan permohonan, maka calon akan dipertimbangkan ke program pengajian di IPTA yang masih ada kekosongan selaras dengan bidang pengajian yang dipohon tanpa mengira IPTA pilihan," katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan dengan itu,diharap para pelajar yang memohon rayuan perlulah berfikir dua kali sama ada untuk memasuki ke IPTA dengan subjek yang dimohon atau pun menerima tawaran kursus yang tidak dipohon.Jadi pelajar disarankan agak berfikir masak-masak ketika membuat rayuan untuk ke IPTA.Masuk ke IPTA dengan kos yang dipohon ataupun masuk ke IPTA melalui kos yang dilelong?Keputusan bergantung kepada anda semua.
 
Cadangan saya adalah lebih baik anda memasuki ke IPTA walaupun ditawarkan dengan subjek yang tidak diminta daripada tidak dapat memasuki IPTA terus.Fikirlah masak-masak sebelum membuat permohonan.


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 9:10 PM

0 Komen:

Post a Comment

Popular