Malaysia VS Singapore Dalam Aksi Kelayakan World Cup 2014-Mampu Bangkit?

Selepas perlawanan pusingan pertama kelayakan World Cup 2014 di antara Malaysia vs Singapore Sabtu yang lalu, Malaysia, yang membawa bekal 3 gol,adakah masih mampu untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya?
 
Kekalahan 3-5 kepada Singapore sememangnya amat pahit.Kalau dilihat dari rentak perlawanan, Malaysia memang sepatutnya boleh "lipat" pasukan Singapore cukup-cukup.Kalau kita tengok pertahanan mereka juga, bukanlah baik sangat.nampak juga kelam-kabut bila diserang penyerang pasukan Malaysia.
 
Namun begitu, tidak tahu mengapa, pertahanan dan penjaga gol Malaysia, amat mudah melepaskan gol tersebut.kalau nak katakan gandingan pertahanan tidak bagus, mereka ini merupakan di antara pertahanan Malaysia yang terbaik dan juga berpengalaman.Kalau hendak diukur, berkemungkinan mental pertahanan negara masih lemah.
 
Namun pada separuh masa kedua, pasukan Malaysia berjaya mendapatkan rentak sebenar dengan kemasukan penyerang prolifik yang juga "top scorer" liga Perdana Malaysia, Abdul Hadi dan juga pemain berpengalaman, Amirul Hadi. Gandingan 2 "Hadi" ini akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan di bahagian tengah yang kurang menghantar bola kepada penyerang.
 
Tentang Ismail Faruqi pula, dia memang bermain di bawah tahap sebenar.Pemain tengah Terengganu ini memang bagus sebenarnya, tapi entah mengapa, percaturan Rajagopal meletakkan Ismail Faruqi dibawah Safee Sali, tidak banyak membantu.
 
Untuk perlawanan pusingan kedua Kelayakan World Cup 2014 ini, kelibat Safiq Rahim bakal digantikan kerana menerima kad merah pada pusingan pertama.Kapten pasukan Malaysia yang berpengaruh ini, terpaksa melupakan hasrat untuk membalas dendam terhadap Singapore esok.
 
Ura-ura mengatakan bahawa lilitan kapten bakal dikembalikan semula kepada Aidil Zafuan,yang juga merupakan kapten pasukan Malaysia sebelum ini.Kami sebagai penyokong pasukan bola sepak negara, sememangnya ingin Malaysia menang dan seterusnya melayakkan diri ke pusingan seterusnya.Walaupun perlu menang 2-0 sekurang-kurang, ini tidak mustahil.


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 5:34 PM

0 Komen:

Post a Comment

Popular