Pengambilan Baru KPLI Pada Tahun 2011, Pengambilan Maktab Perguruan!

Pihak Kementerian Pendidikan hari ini telah memaklumkan bahawa pengambilan baru KPLI atau Kursus Perguruan Lepasan Ijazah untuk tahun ini tidak akan dibuka untuk memberikan peluang kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).
 
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata
Tahun ini kementerian tidak lagi mengambil GSTT dan guru Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) bagi memberi peluang kepada GSTT sedia ada diserap sebagai guru tetap terlatih.
 
Isu GSTT timbul apabila kementerian mengambil keputusan tidak menyambung kontrak mereka pada tahun lalu. Ia menyebabkan ramai guru sandaran kecewa dan mendesak kerajaan menimbang semula keputusan itu.
Pemberitahuan ini secara tidak langsung telah menjawap persoalan orang ramai mengenai kemasukan ke maktab perguruan untuk tahun ini.Sejak beberapa minggu yang lepas ramai yang tertanya-tanya mengenai pengambilan ke maktab perguruan.


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 9:01 PM

0 Komen:

Post a Comment

Popular