AirAsia Bakal Ambil Alih MAS?

Diberitakan, Syarikat Penerbangan Malaysia(MAS) akan menjual sahamnya kepada syarikat penerbangan kos tambang murah terbesar di Asia iaitu AirAsia,untuk membantu MAS daripada merudum ke tahap yang lebih buruk daripada sekarang.
 
Perjanjian untuk pembelian saham tersebut juga dikatakan akan dimeterai paling cepat hari ini yang bakal menyaksikan AirAsia memegang sebanyak 46.8 % saham di dalam MAS.Pembelian ini adalah disebabkan keperluan MAS untuk kembali merasionalisasi organisasi mereka dan menjadi sebuah syarikat penerbangan utama Malaysia kembali.
AirAsia CEO Datuk Tony Fernandes AirAsia Bakal Ambil Alih MAS?
 
Ini bukanlah kali pertama MAS berhadapan dengan masalah.Dah banyak kali dah pun, dan dah berpuluh bilion dah duit khazanah a.k.a duit rakyat digunakan untuk menyelamatkan operasi syarikat MAS ini.AirAsia, yang dulunya hampir bankrup dan sejak diambil oleh oleh Tony Fernandez, "market capitalization" AirAsia adalah 2 kali ganda lebih daripada MAS iaitu RM 11 bilion, berbanding MAS RM 5 bilion.
 
Kalau dilihat pada pergerakan saham utama sahaja, saham AirAsia berada pada kedudukan RM 3.95 per share, berbanding RM 1.60 per share untuk MAS.Nampak disitu berapa jauh tercicirnya kedudukan MAS berbanding AirAsia.
 
Dan dijangka juga, akan berlaku pertukaran CEO sekiranya perjanjian dimeterai iaitu tampuk CEO bakal diambil alih oleh Mohd Rashdan Mohd Yusof, iaitu salah seorang daripada Director dalam Khazanah, menggantikan Azmil, CEO MAS sekarang.
 


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 9:03 PM

0 Komen:

Post a Comment

Popular