Amboii..Remaja Penuhi Ramadhan Dengan Maksiat Di Tempat Awam!

remaja dating Remaja Penuhi Ramadhan Dengan Maksiat Di Tempat Awam!
Sepatutnya pada bulan Ramadhan kita memperbanyakkan amalan kebaikan tetapi lain pula yang berlaku kepada anak-anak muda yang kononnya hangat bercinta.
Tindakan segelintir pasangan memadu kasih, termasuk berpakaian mencolok mata di beberapa kawasan rekreasi sekitar bandar raya ini bukan saja mengecewakan orang ramai, tetapi mencemarkan kesucian Ramadan.-BHarian
Apabila perasaan segan @ malu sudah hilang dalam diri begitulah jadinya.Buat apa nak kisah dengan orang lain,hidup kita,kita yang tentukan.Kubur lain-lain kan?Baguslah jika anda jawab begitu.
 
Dari kecil kita didik dengan ilmu agama dan adakah setelah kita besar,kita dewasa,ilmu agama yang kita pelajari dulu sudah tidak sesuai digunakan lagi?Kita patut bersyukur kerana negara kita aman damai dan jangan disebabkan itu kita alpa.Sekelip mata sahaja sekiranya Allah ingin mendapatkan bencana kepada negara kita.Adakah setelah negara kita dilanda bencana baru kita nak sedar dengan dosa-dosa @ maksiat yang dibuat?
 
Nak bercinta,bercintalah tetapi hormatilah orang lain,hormatilah bulan Ramadhan.
"Lebih menyakitkan hati, kawasan taman dan rekreasi yang menjadi tempat mereka melepaskan hawa nafsu seolah-olah milik mereka saja dan pengunjung lain seperti tidak wujud di kawasan berkenaan,"
Jika anda tidak boleh menghormati bulan mulia ini,bagaimana anda ingin mendidik anak-anak anda kelak?Adakah anda rasa kekasih anda itu boleh menjadi seorang suami @ isteri yang baik apabila anda mendirikan rumah tangga kelak?Cuba fikirkan semula.Macam mana nak jadi seorang suami @ isteri yang baik jika ilmu agama pun entah dimana.
 
Renung-renungkan dan jauhilah maksiat.Jika ingin bercinta,bercintalah dengan orang yang ada perasaan Malu


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 4:15 PM

0 Komen:

Post a Comment

Popular