Bahaya untuk orang Islam, sila baca.

Gerakan Kristianisasi di Malaysia pernah mengemparkan Malaysia pada beberapa tahun lalu tetapi pendedahan mengenai Tidak Terima Bantuan,Terpaksa Terima Bantuan Dari Gereja! begitu mengejutkan kita.Saya pernah mendengar ceramah mengenai Gerakan Kristianisasi semasa disekolah dahulu dan cara yang digunakan seperti yang terdapat didalam artikel berkenaan adalah salah satu cara untuk menarik orang Islam kepada Kristian.
 
Melalui pendekatan memberi bantuan kepada golongan miskin pasti akan menarik mereka untuk muktad dan menganut agama Kristian.Ketika seseorang yang terdesak pasti terpaksa menerima apa sahaja bantuan untuk menyara hidup.Ditambah pula jika orang itu kurang berupaya untuk mencari nafkah sendiri.
 
Tindakan ini secara tidak langsung dapat menarik golongan miskin untuk menganut Kristian kerana tindakan Gereja memberikan bantuan kepada mereka menunjukkan sikap prihatian mereka kepada golongan miskin.Tahukah anda bahawa itu adalah cara untuk mengumpang anda untuk muktad dari agama Islam?
 
Ketika zaman Rasulullah dan para sahabat,hukuman orang yang muktad adalah mati.Rasulullah begitu memandang serius kepada golongan yang muktad ini.Tetapi berbeza sama sekali dengan zaman sekarang ini.Mereka yang muktad ini langsung tidak takut akan hukuman Allah dan hanya memandang sepi mengenai kes muktad ini dan malahan berani mengaku dirinya sudah keluar daripada Islam.
 
Apa dah jadi?Apa pendapat anda mengenai perkara ini?


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 9:24 PM

0 Komen:

Post a Comment

Popular