Bonus Setengah Bulan Gaji Atau Minima RM 500 Untuk Kakitangan Awam!

bonus kakitangan awam Bonus Setengah Bulan Gaji Atau Minima RM 500 Untuk Kakitangan Awam!
 
Akhirnya, Kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minima RM 500 kepada semua kakitangan awam yang akan dibayar pada pertengahan bulan Ogos ini.
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata  bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
 
Perdana Menteri menambah, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan.
" Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.
Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.
 
Sekurang-kurangnya, pengumuman pemberian bonus ini dapat mengurangkan beban dalam mengahdapi persiapan untuk menyambut Syawal yang akan tiba.Itupun, masih ada lagi yang tidak puas hati mengapa pemberian bonus ini tidak diseragamkan sahaja.
 
Ada juga yang mengeluh kepada kami kerana menganggap cara pemberian bonus tahun ini adalah tidak adil kerana perbezaan gaji.misal kata, siapa yang kerja dalam kumpulan Professional, yang gaji mereka sudahpun mencecah RM 5000 dan ke atas, Bonus mereka adalah RM 2500, manakala mereka yang bergaji rendah misalnya Pembantu Tadbir, yang gaji pokok hanya RM 1400, maka bonus raya mereka adalah RM 700.
 
Kami tidak mahu ulas apa-apa lagi pasal ketidakpuasan hati para kakitangan awam kumpulan sokongan.Kami serahkan kepada anda.Adakah anda bersetuju dengan pendapat kakitangan awam yang tidak puas hati dengan cara pemberian bonus raya 2011 ini?


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 9:06 PM

0 Komen:

Post a Comment

Popular