Gaji Bawah RM3000 akan Mendapat Imbuhan

 
IPOH: Rakyat berpendapatan di bawah paras RM3,000 sebulan bakal mendapat bantuan kewangan dalam Belanjawan 2012 berikutan peningkatan kos sara hidup sejak kebelakangan ini, sekali gus meringankan beban terpaksa ditanggung mereka.
 
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sedang menjalankan kajian berhubung perkara itu, termasuk menyediakan mekanisme sebagai panduan untuk kerajaan membantu golongan berkenaan."Kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara tidak langsung membebankan rakyat berpendapatan rendah. Justeru, kerajaan sedang menjalankan kajian bagaimana boleh membantu golongan ini, dengan hasil kajian itu akan digunakan sebagai panduan untuk dimasukkan dalam Bajet 2012."PEMANDU diberi tanggungjawab mengenal pasti beberapa pilihan bantuan yang boleh diguna pakai dan laporannya akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk diperinci," katanya selepas menyampaikan bantuan Teman 1AZAM Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sempena Aidilfitri bagi kawasan Parlimen Tambun, di sini, semalam.
 
Seramai 688 penduduk menerima bantuan barangan makanan, wang tunai dan peralatan membantu perniagaan bernilai RM680,000.
Beliau berkata, PEMANDU sedang memperincikan kajian itu untuk dirumuskan dalam satu pangkalan data menerusi sebuah makmal khusus, malah proses berkenaan dijangka selesai minggu depan untuk tindakan selanjutnya.
 
"Kajian itu turut membabitkan beberapa aspek penting, termasuk peruntukan diperlukan, sumber peruntukan dan penyampaian inisiatif yang perlu dilaksanakan.

"Ini bertujuan memastikan pembentangan belanjawan nanti dapat dilakukan secara lebih efisyen dan efektif kerana kita tidak mahu apabila diumumkan nanti ia membawa masalah dan hasilnya tidak ke mana," katanya.


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 10:32 PM

0 Komen:

Post a Comment

Popular