Gambar Ngeri:Kepala Terlekat Di Pelepah Sawit Di Kulim!

kepala manusia Ngeri:Kepala Terlekat Di Pelepah Sawit Di Kulim!
 
Meloyakan,begitulah yang dialami oleh seorang pekerja ladang kelapa sawit yang menemui kepala Manusia di Kulim,Kedah.Menurut pekerja berkenaan yang bernama S Nandakumaran,dia terhidu bau busuk yang meloyakan sebaik memasuki ladang itu, pagi semalam, namun menyangkakan bau itu daripada bangkai haiwan.
Katanya lagi:-
"Saya kemudian menghampiri objek itu dan terkejut apabila mendapati ia adalah kepala manusia yang hampir reput.
"Di kawasan berhampiran, saya terserempak mayat manusia yang sudah reput tanpa kepala. Saya kemudian menghubungi Balai Polis Kulim untuk membuat laporan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Pihak polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut (SDR).Hairan juga kerana kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.Kenapa ya?
 
Berita penuh mengenai kejadian ini adalah seperti berikut:-
KULIM: Seorang pekerja ladang terkejut menemui kepala manusia terlekat pada pelepah kelapa sawit ketika dia sedang mengait buahnya di Ladang Air Merah berhampiran Taman Melur di sini, semalam.
S Nandakumaran, 31, berkata dia terhidu bau busuk yang meloyakan sebaik memasuki ladang itu, pagi semalam, namun menyangkakan bau itu daripada bangkai haiwan.
Bagaimanapun, katanya, ketika sampai di sebatang pokok sawit setinggi kira-kira dua meter dan cuba mengait buahnya dia ternampak objek berwarna hitam dan berbau busuk.
"Saya kemudian menghampiri objek itu dan terkejut apabila mendapati ia adalah kepala manusia yang hampir reput.
"Di kawasan berhampiran, saya terserempak mayat manusia yang sudah reput tanpa kepala. Saya kemudian menghubungi Balai Polis Kulim untuk membuat laporan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Nandakumaran berkata, kali terakhir dia menjalankan kerja mengutip buah kelapa sawit di situ adalah pada 13 Julai lalu dan ketika itu tiada apa-apa berlaku di kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh, berkata berdasarkan maklumat pada kad pengenalan yang ditemui berhampiran mayat mangsa, polis mengenal pastinya sebagai lelaki bernama, A Benny Roy, 31, dari Klang, Selangor.
"Polis turut menemui seutas tali pada kepala mangsa, manakala bahagian badannya yang lain terasing mungkin dibawa oleh binatang. Keadaan mayat itu hampir reput dan hanya tinggal kaki saja manakala kedua-dua belah tangannya dijumpai beberapa meter dari situ.
"Mayat lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat dan buat masa ini kita mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.
Ghuzlan meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai berdekatan atau Balai Polis Kulim di talian 04-4906222.

No comments:

Post a Comment