Google Kini Menyatakan Kebencian Terhadap Domain Co.cc

Meskipun extension .co.cc akan dilupuskan, kita mempunyai pilihan lain untuk membeli domain selain daripada .com
 
Tarikh 6hb Julai 2011 memperlihatkan syarikat gergasi enjin carian dunia, iaitu Google membuatkan pengumuman rasmi, di mana mereka tidak akan lagi melakukan indeks bagi domain yang menggunakan extension .co.cc.
 
Sebabnya masih tidak lagi dapat dikenal pasti. Tetapi berdasarkan perbincangan yang dibuat oleh pemilik-pemilik blog antarabangsa, kebanyakan individu yang menggunakan domain seperti ini kebanyakannya membangunkan blog-blog spam.
Perbincangan ini turut dilihat dalam blog Daniel Scocco, yang berpendapat domain ini hanya menghasilkan spam content kerana ia boleh didapati dengan harga yang rendah, dan ada segelintir pihak memberikan akses percuma untuk domain ini.
 
Percuma Tidak Semestinya Berkualiti
Kadang-kadang pemberian percuma itu harus diberikan perhatian sepenuhnya. Kerana tidak semua produk berkualiti. Malah produk-produk percuma ini kebanyakannya disalah gunakan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab.
Meskipun extension .co.cc akan dilupuskan, kita mempunyai pilihan lain untuk membeli domain selain daripada .com, iaitu:
  • .net.
  • .biz.
  • .org.
Apa yang Harus Kita Lakukan?
Bagi pemilik-pemilik domain ini, terdapat dua cara yang boleh kita lakukan berdasarkan tindakan pihak Google.
Pertama, berhenti daripada membangunkan blog ini secara serius. Kerana usaha kita akan menjadi sia-sia apabila laman web tidak mendapat perhatian enjin carian. Kita sentiasa memerlukan trafik organik daripada laman web enjin carian, sebagai salah satu punca trafik percuma ke laman web.
 
Kedua, kita boleh menjual laman web kita kepada individu yang memerlukan. Mungkin kita berasa kecewa dengan tindakan Google. Tetapi kita masih lagi boleh menjual laman web kita dengan harga yang tinggi, menerusi laman bidaan seperti Flippa. Pastikan laman web kita mempunyai struktur yang profesional, artikel-artikel yang unik, sebelum membuat keputusan untuk menjualnya.
Setakat ini, sambutan bagi membeli domain .co.cc ini masih baik. Justeru itu, kita boleh ambil peluang ini sebelum terlewat.
 
Pengajaran – Jangan Membangunkan Blog Berkualiti Menggunakan Domain Murah dan Percuma
Teringat kembali kewujudan iPhone versi palsu, yang dibangunkan oleh syarikat-syarikat negara China. Meskipun harganya murah, dan visualnya seperti iPhone yang betul. Namun kualitinya ternyata berbeza. Seorang rakan yang menggunakan telefon ini berkata, beliau hanya menggunakan selama 6 bulan sahaja.
 
Kerana fungsinya langsung tidak memuaskan, walaupun harganya hanya RM500. Justeru itu, kita perlu lihat kembali kualiti domain, sebelum memulakan aktiviti blogging atau perniagaan internet. Seelok-eloknya, guna domain extension .com.

No comments:

Post a Comment