Jejari Runcing, Blog Elia : Fuhh.. dah makin hebat blog ni, kontroversi menaikkan lagi trafik

 
blog jejari runcing1 Jejari Runcing,Blog Elia : Short & Sweet Meletup Lagi!
 
Pertama sekali saya kenal dengan blog Jejari Runcing ini semasa Khairul Fahmi mula-mula meningkat naik dulu.Jika tak silap selepas Malaysia memenangi piala Suzuki AFC.Saya mula tertarik untuk pergi ke blog Jejari Runcing adalah disebabkan oleh satu Fan Page "Kami Benci Awek Khairul Fahmi!".Saya berasa hairan dan tertanya-tanya kenapa orang benci sangat awek khairul Fahmi ini?Jadi untuk mengetahui perkara yang sebenar,saya pun singgah ke blog Jejari Runcing.
 
Lepas itu barulah saya tahu bahawa blog itu adalah kepunyaan Elia @ bekas tunang Khairul Fahmi sekarang ini.Rupa-rupanya dia blog itu banyak menceritakan kisah cinta antara dia dan Khairul Fahmi Che Mat.Orang yang like page berkenaan pastinya perempuan yang jeles dengan elia.Betul tak?hahaha.
 
Pada masa tu blog Jejari Runcing tiba-tiba top dan meletup sehingga mendapat Follower yang begitu banyak dalam masa yang cukup singkat.Satu pencapaian yang hebat disebabkan dibantu oleh pengaruh Khairul Fahmi.Memang saya respect lah.
Blog Jejari Runcing mencapai tahap kemuncaknya pada minggu lepas mengenai isu Skandal Khairul Fahmi dan kemudian kisahnya dihangatkan lagi setelah dipaparkan di akhbar Hmetro.Hmetro memang pandai mencari cerita-cerita hot tetapi sepandai-pandai wartawan Hmetro,pandai lagi blogger sebab benda ini terlebih dahulu diketahui dan disebarkan oleh blogger.
 
Menurut Google Insights,carian keyword Jejari Runcing dan Jejariruncing meningkat begitu mendadak dalam masa 7 hari ini dimana keyword Jejari Runcing mendapat kenaikan 550% dan Jejariruncing mendapat kenaikan 500%.Hebat kan?manakala keyword Khairul Fahmi pula meningkat 900% di search engine Google.
 
Seingat saya,hanya dua blog yang pernah mendapat carian yang begitu tinggi di Google Insights iaitu Beautiful Nara dan Paul Tan.Ditambah dengan Jejari Runcing menjadikan 3 blog yang pernah tersenarai di Google Insights.Tapi mungkin sebelum ini ada blog-blog yang pernah tersenarai di Google Insigh tetapi yang saya tahu hanya 3 buah blog sahaja.
 
Blog Jejari Runcing itu sudah sehebat blog Cik Epal.Jika Jejari Runcing betul-betul serius menjaga blog berkenaan pasti akan berjaya dan akan mendapat sokongan daripada para pembaca blog berkenaan.Apa-apa pun All the best kita ucapkan kepada Jejari Runcing.

No comments:

Post a Comment