“Malam ni di Mekkah jam 3.25 a.m (pagi) , bulan akan mengelilingi Kaabah..dan langit akan bertukar menjadi biru cair (terang jadinya) “


 
Ini adalah antara mesej yang sedang rancak disebarkan melalui sms dan juga Facebook:
 
"Salam.
From dato' dr mazlan, our head of astrology dept. Tonight at 3.25am macca time the moon will circle around the Kaabah this will have an effect on the sky. The sky will have blue light. This will be the time of acceptance of prayers. This is happening after ten million years. Pls inform everybody by passing this. 3.25am mecca time. Malaysia time will be 8.25am. So London time will be at 00.25am"
"Dr Mazlan, astrologi, bulan mengelilingi kaabah, 10 juta tahun sekali, doa dimakbul, sebarkan"
 
Semua ini karut.
Jangan percaya. Kenapa?

Baca pendapat ini:
 
Apa? Tak betul ke?
Memang la tak betul. Cuba kita tengok satu per satu kenyataan dalam SMS tu..
 
"Daripada Dato Mazlan astrology"
Jika Dato Mazlan yang dirujukkan ini ialah bekas Pengarah Agensi Angkasa Negara , title "astrology" tu pun dah salah! Beliau ialah seorang ahli astrofizik. Astrology tu macam cerita nujum pak belalang! Tukang tilik! Tak pernah saya jumpa mana-mana yang mengatakan Dato Mazlan tu ahli nujum!
 
Dan mempelajari Astrologi adalah haram!
"Malam ni di Mekkah jam 3.25 a.m (pagi) , bulan akan mengelilingi Kaabah..dan langit akan bertukar menjadi biru cair (terang jadinya) "
Oppss!!
Bulan mengelilingi Kaabah?
Setahu saya Bulan mengelilingi sebuah jasad bernama planet Bumi, di bawah kesan daya tarikan graviti Bumi. Kaabah berada di atas permukaan Bumi. Ia tidak mempunyai sebarang daya tarikan graviti yang membolehkan Bulan 'mengelilingi'nya.
Tahukah anda, Bulan itu jika 'diletak' atas Bumi, diameternya seluas benua Australia! Bayangkan objek sebesar itu, bergerak-gerak keliling Kaabah? Logik tak?
 
"Dan masa inilah saat saatnya doa kita dimakbulkan .. "
Bab ni, saya berpegang kepada ilmu saya yang sedikit ini dan ketika mengikuti pengajian bersama ustaz-ustaz, setiap perkara yang hendak dilakukan itu kena berdasarkan nas-nas yang sahih. Bukan main tangkap serombono je. Oleh itu, bagi penulis yang memula menyebarkan berita ini, sila berikan nas yang menyatakan doa kita makbul ketika bulan mengelilingi kaabah.. silakan, silakan…
 
"Benda ini terjadi selepas 10 juta tahun… "
Kenapa selepas 10 juta tahun?
Di mana kiraan falak yang menunjukkan perkara ini boleh 'berlaku' selepas 10 juta tahun? Kajian siapa? Sumber dari mana?
 
"Sila sebarkan perkara ini kepada kawan kawan."
Di sini, saya menyeru kepada rakan-rakan dan para pembaca sekalian, supaya berhati-hati apabila menyebarkan berita dan cerita yang tidak pasti kesahihannya, tidak diketahui nas-nasnya, tidak tahu dari mana faktanya. Kerana ia bukan sahaja boleh memberi maklumat yang salah, malah memberi gambaran yang buruk di mata masyarakat lain yang mana umat Islam ini suka sangat berita-berita sensasi, mistik dan tidak tepat faktanya.
 
Lain kali baca, baca dan baca dahulu.
Lupakah kita ayat pertama yang diturunkan oleh Malaikat Jibril kepada Rasullullah SAW ialah Iqra, yang membawa maksud "Bacalah!" Di sinilah letaknya nilai ilmu dan kaedah mempelajarinya.
 
* TOLONGLAH SHARE info ini di Facebook dan blog masing-masing sebelum ramai lagi yang terjebak mengedarkannya.


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 5:26 PM

0 Komen:

Post a Comment

Popular