Mangsa Tanah Runtuh Yang Terselamat Menceritakan Detik Cemas!

 
 
Begitu sadis membaca luahan perasaan mereka yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Cameran Highland semalam.Walaupun cedera tetapi mereka sanggup mengorbankan tenaga dan nyawa mereka untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yang tertimbus.
"Kami bergilir mengusung mangsa, Normadiah Lasik, 69, yang parah dan masih hidup ketika itu, tetapi dia meninggal dunia sebelum sempat meredah banjir lumpur kerana pasukan penyelamat termasuk ambulans gagal memasuki kawasan kejadian akibat banjir lumpur.
Makcik yang berusia 69 tahun ini membantu mangsa yang lain tanpa menghiraukan keselamatan dirinya.Namun begitu,Tuhan lebih menyayanginya.
"Mangsa itu meninggal dunia disebabkan parah di muka," kata Minah Bahu, 50, antara mangsa yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata di sini, petang kelmarin.Menceritakan detik cemas itu, Minah berkata, ketika kejadian hujan lebat antara jam 4 hingga 6 petang disusuli dengan petir.
Kejadian tanah runtuh ini berlaku petang semalam di perkampungan orang asli di Pahang.Berita mengenai kejadian ini telah mengemparkan seluruh Malaysia.Alhamdulilah,semalam saya dengar berita dimana kerajaan dan pihak berwajib telah bersepakat untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa tanah runtuh ini.
Dibawah ini antara luahan mangsa-mangsa kejadian tanah runtuh yang lain:-
"Ketika itu saya memasak juadah petang dan terdengar letupan kuat di luar rumah. Saya terus menjerit meminta 11 penghuni rumah saya keluar menyelamatkan diri.
 
"Sebaik keluar, saya mendapati tiga rumah berdekatan sudah tertimbus, manakala semua penduduk mula bertempiaran menyelamatkan diri masing-masing," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
 
Minah berkata, dia dan penduduk lain berusaha menyelamatkan mangsa yang tertimbus dalam runtuhan tiga rumah itu.
"Ada mangsa yang berdarah di muka dan tersepit di celah akar pokok serta timbunan tanah. Kami bergilir-gilir mengendong mereka kerana pasukan penyelamat termasuk ambulans tidak boleh masuk kerana laluan utama ke kampung kami dinaiki lumpur," katanya.

Seorang lagi mangsa, Balas Babin, 73, berkata dia bersama seorang anak dan dua cucu di dalam rumah ketika kejadian serta sempat melihat pergerakan tanah bersama aliran air yang deras.
 
"Kejadian berlaku sangat pantas menyebabkan tiga rumah jiran kami tertimbus. Sudah hampir empat bulan tiada hujan tetapi hujan lebat semalam (kelmarin) terus mengorbankan rakan-rakan kami," katanya ketika ditemui di Dewan Serbaguna Brinchang di sini, semalam.


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 9:14 PM

0 Komen:

Post a Comment

Popular