Marion Mengandung Anak SM Nasarudin

 
 
Tahniah buat Marion dan suaminya, SM Nasarudin kerana akhirnya perkahwinan yang dibina pada tanggal 15 Oktober 2010 atas dasar cinta akan diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata.
 
Pasti comel dan 'meletop' wajah anak pasangan sama cantik sama padan ini. Maklumlah gabungan acuan berdarah campuran, si ibu yang jelita dan tampan pula bapanya.
 
Marion sangat gembira apabila dirinya disahkan mengandung kerana dia memang berharap terus mengandung selepas berkahwin. Tetapi berita kehamilannya hanya disahkan sekitar Mac lalu selepas lima bulan mendirikan rumah tangga.
 
Yang pasti, pasangan ini tidak sabar menantikan kelahiran bayi mereka bakal dilahirkan pada penghujung November atau awal Disember nanti. Marion jugak dikatakan sangat 'enjoy' melalui proses kehamilannya yang tidak banyak ragam.
 
Aku berharap Marion selamat melahirkan bayi sulungnya kelak dan kehadiran permata hati mengukuhkan lagi cintanya dan suami. Tahun depan, Aidil fitri pastinya disambut lebih ceria dengan kehadiran anak. Tahniah!


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 10:30 PM

0 Komen:

Post a Comment

Popular