PTPTN Berikan RM1,500 Kepada 35,664 Penuntut Baru IPTA Dan IPTS

logo ptptn PTPTN Berikan RM1,500 Kepada 35,664 Penuntut Baru IPTA Dan IPTS
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan RM53.4 juta sebagai wang pendahuluan pembiayaan kepada 35,664 pelajar yang akan memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan bermula 3 September depan.
 
Pembiayaan ini akan diberikan kepada semua pelajar baru sama ada di IPTA atau IPTS sebanyak RM 1500 seorang bagi membeli peralatan dan barangan untuk ke IPT masing-masing.
 
Menurut,Dato' Sri Najib,pemberian ini akan diberikan dua minggu sebelum tarikh pendaftaran kemasukan ke IPT dan menurutnya lagi,bantuan ini diberikan kepada pelajar yang keluarga mereka berpendapatan tidak melebihi RM4,000 sebulan dan yang belum pernah mendapat pembiayaan PTPTN sebelum ini.
 
Menurut kebiasaan pihak PTPTN akan memberikan wang pendahuluan PTPTN ini kepada semua pelajar yang memohon pinjaman PTPTN.Peruntukan berjumlah RM53.4 juta ini akan memberikan lebih ramai pelajar baru untuk mendapatkan wang pendahuluan PTPTN ini kerana jika dilihat sebelum ini ramai yang tidak ditawarkan untuk mendapatkan wang pendahuluan PTPTN ini.


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 9:10 PM

0 Komen:

Post a Comment

Popular