6% tu cukai perkhidmatan

Di sini aku ingin kongsi satu berita semasa yang tengah hot sejak 3-4 hari ini…
berita tersebut berkenaan dengan Syarikat Telco yang ingin mengenakan caj 6 peratus kepada penggunanya….
Tapi hari ini Syarikat Telco telah pon mengadakan perbincangan kajian semula tentang caj 6 peratus yang akan dikenakan kepada pelanggan setia .Syarikat Telco sedang membuat keputusan samaada  menyerapkan cukai perkhidmatan enam peratus atau mengekalkannya untuk ditanggung oleh pengguna perkhidmatan prabayar.
 
Syarikat Telco sedang membuat keputusan  samaada untuk mempersetujui  cukai 6 peratus tersebut, syarikat telekomunikasi akan mengeluarkan kenyataan baru tentang masalah ini.
 
Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata cadangan syarikat telekomunikasi untuk mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus amat tidak sesuai dengan keadaan semasa.
 
Kerajaan berusaha membendung inflasi supaya tidak membebankan rakyat, namun jika ia berlaku sebaliknya, itu menunjukkan syarikat telekomunikasi seolah-olah membelakangi kerajaan. Syarikat telekomunikasi di negara ini masih berupaya meraih keuntungan besar seperti sekarang, walaupun mereka tidak menaikkan cukai berkenaan terhadap pengguna, katanya selepas majlis sambutan Aidilfitri di Pejabat Pelajaran Daerah, Tangok, semalam.


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 9:02 PM

0 Komen:

Post a Comment

Popular