Al Fatihah - Arwah Noramfaizul Wajar Diberi Pingat Gagah Berani (PGB)


Bapa kepada Noramfaizul yang terkorban ketika melaksanakan misi kemanusian bersama Kelab Putera 1 Malaysia di Somalia menerima sumbangan dari rakyat yang mana disampaikan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak dikediaman Dato Ahmad Maslan semalam.

Aku tahu dan cukup faham bahawa arwah Noramfaizul pastinya akan menerima pelbagai simpati dan ehsan orang ramai dalam membantu anak anak beliau yang masih hidup.

Tetapi aku juga ingin dan minta agar arwah diberikan Pingat diatas keberanian beliau sewaktu melaksanakan tugas penting dalam negara bergolak Somalia yang mana disitu lah beliau terkorban dalam melaksanakan misi Kemanusian.

Aku pohon agar arwah Noramfaizul diberikan Pingat Gagah Berani (PGB) bagi mengiktiraf jasa dan pengorbanan beliau dalam melaksanakan misi Kemanusian di Somalia.

Bukan nak menidakkan pejuang pejuang yang lain dalam PDRM, TERTERA ataupun mana mana agensi namun peranan dan tugas beliau sebagai Jurukamera BERNAMA dalam membuat liputan kemanusian di Somalia patut diberikan pengiktirafan.

Beliau sememangnya layak menerima Pingat Gagah Berani
PGB


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 10:00 PM

0 Komen:

Post a Comment

Popular