Borang Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 1 2012

 
Untuk makluman,permohonan ke SBP tingkatan 1 bagi sesi 2012 sudah pun dibuka dan maklumatnya adalah seperti dibawah.

Aliran SBP

Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua aliran Sekolah Berasrama Penuh iatu Aliran Sains dan Aliran Agama. Ketika ini terdapat 43 buah SBP aliran Sains dan 14 buah SBP aliran Agama di seluruh negara.

Pakej Mata Pelajaran

Pakej mata pelajaran yang ditawarkan untuk setiap aliran adalah seperti berikut:
Sains : Bahasa Melayu, English, Science, Mathematics, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/ Moral, Bahasa Antarabangsa (Arab/ Jepun/ Jerman/ Perancis/ Mandarin)
Agama : Bahasa Melayu, English, Science, Mathematics, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/Moral, Bahasa Arab (Komunikasi), Bahasa Antarabangsa (Jepun/ Jerman/ Perancis/ Mandarin)

Permohonan SBP Tingkatan 1 2012

  • Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2012 ini perlu dibuat dengan mengisi borang secara online di portal permohonan atas talian yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Pemohon dikehendaki mencetak Borang Permohonan ini sebanyak DUA salinan.
    1. Salinan pertama perlu dihantar kepada Guru Besar sekolah asal pemohon.
    2. Salinan kedua dihantar kepada Pengetua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang dipilih.
  • Pemilihan ke SBP melibatkan dua cara iaitu 20% murid akan dipilih oleh Pengetua SBP dan 80% murid akan dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pemilihan oleh pengetua lebih kepada memilih murid yang mempunyai bakat dalam bidang tertentu yang sesuai dengan kebitaraan (niche area) sekolah tersebut. Walau bagaimanapun semua cara pemilihan masih tertakluk kepada syarat dan kriteria yang ditetapkan.

Tarikh Tutup

  • Permohonan untuk ke Tingkatan 1 SBP 2012 ini akan ditutup pada 15 Oktober 2011.

Keputusan Permohonan

  • Keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 SBP 2012 ini dijangka akan diumumkan pada penghujung bulan Disember 2011.

Maklumat

  • Sila kunjungi Sistem Permohonan Atas Talian Ke Tingkatan 1 SBP untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat lanjut.
  • Sila semak Senarai SBP untuk mengetahui SBP dan aliran yang ditawarkan.
  • Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan atau telefon 03 8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402.
  • Pertanyaan boleh juga dibuat di Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel kpkpm@moe.gov.my


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 9:14 PM

0 Komen:

Post a Comment

Popular