Honda Panggil Semula Kereta Untuk Baik Pulih-Kereta Honda Pun Belum Tentu Bagus ( Toyota lagi bagus ke? )

Honda Malaysia Sdn Bhd telah memulakan kempen kemaskini produk, atau "product update campaign" melibatkan tiga model, Civic keluaran 2006-2008, City 2006-2007 dan Jazz 2005-2007, jumlah keseluruhan kenderaan yang terlibat melebihi 40,000 unit. Menurut Honda, kempen tersebut sebagai langkah pencegahan daripada beberapa isu teknikal yang mungkin berlaku dalam setiap model tersebut.
"Ini adalah panggilan awal bagi dilakukan pemeriksaan dan penggantian, di mana kami percaya dapat mengekalkan prestasi produk yang terbaik bagi para pelanggan walau pun berlaku kecacatan," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno.
Antara contoh kerosakan yang dilaporkan melibatkan model Civic (16,537 unit), kemungkinan mengalami kebocoran minyak dari hos perantara stereng kuasa, yang disebabkan aliran panas dan cuaca yang lembab, yang boleh menimbulkan isu keselamatan pada masa depan. Penukaran bahan getah hos perantara stereng kuasa Civic terbabit perlu dibuat, dan pihak Honda Malaysia akan menanggung semua kos alat ganti dan caj buruh.
 
Semua pemilik kenderaan Honda yang terlibat dalam kempen tersebut dinasihatkan menghantar kenderaan masing-masing ke semua pusat jualan dan servis Honda yang bertauliah sebaik mendapat notis berkenaan. Pelanggan juga boleh menelefon nombor bebas tol Honda di talian 1-800-88-2020 untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
 
Pelanggan juga dinasihati membuat panggilan untuk membuat temu janji awal bagi mengelakkan tempoh menunggu yang lama.Tapi,yang kami hairan,kalau kat luar, orang panggil "recall", tapi kalau kat Malaysia,mereka panggil "product update campaign".Adakah kerana Honda Malaysia terlalu ego untuk mengakui terdapat kerosakan dalam kenderaan mereka?
 
Kita selalu dengar rungutan mengenai kereta-kereta tempatan yang dikatakan tidak berkualiti dan sebagainya, namun jangan ingat kereta buatan luar negara juga terlalu "perfect".Kereta-kereta pujaan rakyat Malaysia seperti Honda,Toyota,Mazda dan sebagainya juga mengalami masalah yang serupa.
Cuma kita sebagai rakyat Malaysia,memang kurang yakin dengan produk buatan rakyat Malaysia sendiri.Tapi,nak salahkan rakyat juga tidak boleh,ini kerana kerajaan Malaysia sendiri yang mengenakan harga yang tinggi untuk kenderaan buatan tempatan.Apa pandangan anda mengenai isu ini?

No comments:

Post a Comment