Google Kini Membolehkan Hasil Carian Diterjemah Ke Bahasa Malaysia Dengan Mudah Dan Pantas

Seperti sedia maklum, kandungan berbahasa Malaysia di arena internet ini masih lagi amat sedikit, dan kadangkala ianya amat sukar untuk mencari kandungan dalam bahasa Malaysia di internet. Untuk mengatasi perkara ini, kini Google memudahkan pengguna dengan memperkenalkan fungsi terjemahaan keputusan carian dengan mudah terus melalui enjin carian Google.

Kini, sekiranya anda menetapkan tetapan Google anda kepada bahasa Malaysia, setiap carian yang diperlihatkan, yang mana berbahasa Inggeris dan sebagainya akan diterjemahkan secara automatik kepada bahasa Malaysia, sekaligus memudahkan para pengguna untuk membuat pilihan pada hasil carian.
 
Perkara ini sekaligus memudahkan para pengguna untuk menikmati pelbagai kandungan menarik dalam bahasa ibunda pilihan mereka. Selain daripada bahasa Malaysia, Google turut menyokong lebih 13 bahasa yang lain, termasuk Hindi, Afrika dan banyak lagi.


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 5:27 PM

0 Komen:

Post a Comment

Popular