Kesilapan Pelaburan Yang Harus Dijauhi!

SEPANJANG perjalanan hidup ini, beberapa kesilapan semasa membuat pelaburan akan dilakukan. Pada kebanyakan masa, ia adalah secara tidak sengaja. Lagipun siapa yang mahu melakukan kesilapan kan?
 
Kesilapan Pelaburan Yang Harus Dijauhi!
 
Ia tidak dapat tidak akan terjadi juga. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kesilapan pelaburan besar yang harus dijauhi sekiranya mahu menjadi seorang pelabur yang berjaya. Tidak melakukan pelaburan atau melabur terlalu lewat adalah dua contoh kesilapan besar yang sering dilakukan kebanyakan orang.
 
Sementara dua perkara di atas tidak patut untuk dilakukan, melabur sebelum kewangan berada dalam keadaan stabil adalah satu lagi cubaan bunuh diri yang merbahaya. Seharusnya urus dan stabilkan dahulu keadaan kewangan semasa diri sebelum memikirkan apa-apa jenis pelaburan pun jua. Saya ada mengulas mengenai keadaan kewangan stabil sebelum melabur sebelum ini.
 
Selain itu, jangan sekali-kali melabur dalam mana-mana skim cepat kaya. Ini adalah cara paling pasti menjadi miskin dan gagal dalam pengurusan kewangan. Mengenali skim ini adalah mudah. Jika pada bila-bila masa anda menemui suatu pelaburan (dalam apa-apa jua bentuk sekalipun) yang menjanjikan keuntungan yang besar dalam jangkamasa singkat. Itu adalah skim cepat kaya.
 
Meletakkan kesemua impian dan harapan dalam satu jenis pelaburan sahaja adalah perkara yang amat berbahaya dalam kewangan. Misalnya begini, kesemua wang simpanan dan kemampuan membuat pinjaman digunakan sepenuhnya untuk mengusahakan ladang Kelapa Sawit. Semuanya sudah di sana. Bayangkan jika harga Sawit jatuh atau ladang hangus dijilat api atau pokok sawit diserang sejenis penyakit tumbuhan. Malangnya ladang sawit itulah satu-satunya harapan yang anda ada!
 
Akhir sekali, tersalah anggap koleksi barangan lama sejenis pelaburan. Sebenarnya bukan. Itu adalah hobi. Minat anda. Ia mungkin boleh membuat wang tetapi bilangan orang yang mendapat keuntungan melalui koleksi barangan (sama ada lukisan lama, tembikar antik, syiling pelik, setem berumur ratusan tahun dan lain-lain) ini adalah amat sedikit dan biasanya kes-kes terpencil.
 
Inilah antara kesilapan-kesilapan melabur yang seharusnya dielakkan dengan sedaya-upaya oleh semua orang. Inilah api yang akan menjilat wang pelaburan sehingga harus dan tidak bersisa lagi. Jadi jauhinya!


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 9:02 PM

0 Komen:

Post a Comment

Popular