Lee Chong Wei Rampas RM7000 Dari Goh Soon Huat

 
JAGUH perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei ternyata tiada tandingan. Buktinya, pemain No. 1 dunia itu merekodkan kejuaraan buat kali ke-10 berturut-turut pada Kejohanan Badminton Grand Prix (GP) Akhir Sirkit Kebangsaan 2011.

Kejayaan itu hadir selepas Chong Wei mudah menundukkan pemain muda negara, Goh Soon Huat 21-11, 21-5 pada perlawanan akhir di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam

Dengan kemenangan itu, Chong Wei membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM7,000, manakala Soon Huat berpuas hati dengan RM3,600.

Chong Wei telah berlepas ke Denmark malam tadi untuk beraksi pada Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka Denmark yang bakal bermula Rabu ini.
Sementara itu, pada aksi final perse- orangan wanita, Lydia Cheah mencipta kejutan apabila menewaskan juara bertahan, Tee Ji Ying 21-14, 21-17.

Dalam acara beregu wanita, gandingan Vivian Hoo-Woon Khe Wei menepati ramalan apabila muncul selaku juara selepas membenam cabaran Chin Eei Hui-Goh Liu Ying 17-21, 21-15, 21-15, manakala Mohd. Faanakala Mohd. Tazari-Ong Soon Hock mengungguli saingan beregu lelaki.


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 11:04 PM

0 Komen:

Post a Comment

Popular