Radd.ME Ingin Menjadi Ganti Kepada Kad Perniagaan Anda

Salah satu perkara yang sering dilakukan oleh rakan-rakan baru atau ahli perniagaan adalah bertukar-tukar kad perniagaan, yang mana kadangkala akan membuatkan anda kehilangan salah-satunya, dan sukar menghubungi seseorang atau sesuatu pihak itu. Perkara ini cuba diatasi oleh beberapa orang pembangun tempatan melalui produk baru yang dinamakan sebagai Radd.me.
 
Melalui Radd.me, setiap pengguna akan diberikan sebuah URL khas yang unik dan mudah diingati berdasarkan nama pengguna mereka (contoh : Radd.me/namakorang), dimana para pengguna hanya perlu memberikan pautan tersebut, ataupun dengan lebih mudah lagi, anda boleh membukanya melalui peranti pintar anda, dan meminta rakan baru anda itu memasukkan emel sahaja padanya, dan ia akan ditambah secara automatik pada senarai hubungan anda.
 
Pada masa yang sama, anda juga akan menerima emel dengan data berkenaan dengan nama, jawatan, nama syarikat dan juga nombor telefon pengguna tersebut melalui emel terus kepada anda, sekaligus memudahkan anda mendapatkan hubungan dan rakan baru dengan mudah.
 
Buat masa ini, Radd.me masih lagi pada peringkat beta, dan beberapa fungsi baru dijangka akan ditambah secara berperingkat dari semasa ke semasa oleh pembangun mereka. Bagi anda yang ingin mengujinya, boleh ke laman Radd.me, dan daftarkan akaun percuma anda hari ini.


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 7:22 PM

0 Komen:

Post a Comment

Popular