Bukuku – Jual-Beli Buku Teks Di Universiti Kini Lebih Mudah Dan Pantas

 

Bagi yang pernah melalui dunia Universiti, semestinya anda selalu tertekan dengan harga buku teks yang mahal yang mana selalunya perlu dibayar pada setiap awal semester. Namun, untuk mengatasi dan menolong para pelajar universiti, kini sebuah perkhidmatan baru diperkenalkan, dikenali sebagai Bukuku, membolehkan para pengguna bertukar-tukar buku antara satu sama lain dengan pelajar universiti lain.
Bukuku dilihat sememangnya memfokuskan penuh para pelajar universiti, dimana sebaik sahaja anda log masuk ke laman tersebut, anda akan diperlihatkan dengan pilihan untuk memilih universiti terlebih dahulu sebelum boleh melayari laman tersebut.
 
Selain daripada pertukaran buku antara satu sama lain, para pengguna juga boleh menjual buku semester lepas mereka kepada yang lain, dan menyenaraikannya di sana. Para pencari buku juga boleh dengan mudah mencari buku yang disenaraikan, selain mana boleh membandingkan harga jualan oleh penjual tersebut, dan juga harga di kedai buku dengan mudah.
 
Perkhidmatan Bukuku juga turut diintegrasikan dengan SMS, dimana sebaik sahaja anda memilih untuk membeli sesuatu buku, anda boleh klik untuk menempahnya, dan anda akan menerima SMS dengan maklumat untuk menghubungi pemilik buku tersebut.
 
Bagi anda yang berminat, mungkin anda boleh jual-beli buku teks universiti anda dengan mudah hari ini melalui laman Bukuku, yang mana semestinya mempunyai perancangan lebih jauh untuk laman mereka. Mungkinkah Amazon Malaysia tercipta daripadanya?


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 5:44 PM

0 Komen:

Post a Comment

Popular