Kenapa Pelajar UiTM Tidak Bersyukur Dengan Apa Yang Telah Diberikan?

 
 
 
Sebenarnya artikel mengenai perkara ini saya ingin kongsikan di blog BeritaSemasa.My sebagaimana yang telah saya maklumkan di FB BeritaSemasa.My tetapi saya ingin mengubah sedikit theme blog itu.Jadi saya mengambil keputusan untuk publish isu ini disini.
Sebenarnya saya telah melihat status yang dipost oleh Dato VC UiTM iaitu Dato' Prof Ir Dr. Sahol Hamid Abu Bakar sekitar jam 9 pagi tadi.Mulanya ingin membuat entri mengenai status itu pagi tadi tetapi kerana terlalu mengantuk,jadi pergi tidur dulu dan sekarang baru berpeluang untuk mengarang sedikit pendapat mengenai apa yang diperkatakan oleh Dato VC.
Jika kita melihat status FB diatas,jika boleh jangkakan soalan yang ditanyakan oleh pelajar berkenaan iaitu:-
  • Kenapa UiTM mengambil pelajar sehingga tidak cukup kolej
  • Kenapa perlu ada program MDAB untuk anak-anak orang miskin dan anak yatim
Bagi pelajar yang bertanyakan soalan sebegitu sememangnya mereka tidak patut berada didalam sistem UiTM tetapi kita juga tidak boleh menyalahkan mereka 100% kerana mungkin mereka sendiri tidak tahu kenapa UiTM mengambil begitu ramai pelajar dan kenapa program MDAB diwujudkan.Mungkin hanya segelintir pelajar sahaja yang cakna dengan perkembangan semasa di UiTM.Sekiranya kita bertanyakan kepada para pelajar mengenai soalan-soalan diatas,adakah mereka tahu akan jawapannya?adakah mereka tahu kenapa UiTM mengambil begitu ramai pelajar dan memperkenalkan MDAB?Rasanya tak sampai 50 % pelajar mengetahui jawapannya.
 
Kenapa perkara ini terjadi?Disebabkan pelajar-pelajar ini tidak pernah nak tahu atau ambil tahu mengenai perkembangan semasa yang berlaku di UiTM.Apa yang mereka tahu adalah pergi ke kelas dan balik ke kelas.Bukan laptop tengok movie dan main facebook.Itulah rutin harian mereka.
 
Kita tak payah fikirkan mengenai kenapa UiTM nak ambil pelajar yang ramai dan program MDAB,kita kecilkan sedikit skop.Kita tanya pelajar-pelajar UiTM siapakah Dato VC UiTM atau TNC UiTM.Adakah mereka mengenali kedua-dua tokoh penting UiTM ini???Jika 10 orang yang datang interview,rasanya 2 atau 4 orang sahaja yang boleh memberikan nama penuh kedua-dua tokoh UiTM berkenaan.Jika tak percaya cubalah tanya…
 
Jadi tidak hairan jika Dato VC begitu kecewa apabila ditanyakan soalan yang begitu."Kecewa soalan ini datang dari orang melayu.".Sebagai seorang pelajar UiTM,kita harusnya bersyukur kerana diberikan peluang untuk belajar di UiTM.Jika UiTM tidak mengambil pelajar melayu masuk ke UiTM,kemana anda akan pergi??berapa ramai pelajar melayu yang boleh masuk ke IPTA lain?Mana lagi nak letak pelajar-pelajar lepasan SPM yang berpuluh-puluh ribu setahun itu??Jika UiTM hanya membenarkan kemasukan pelajar yang sedikit seperti IPTA lain,kemana anak-anak melayu,pelajar-pelajar melayu akan pergi?Adakah anda fikirkan perkara ini?
 
Sama-samalah kita fikirkan untuk kepentingan kaum melayu sendiri.Jadi saya akhir dengan kata-kata terakhir daripada Dato VC yang berbunyi:-
Kita Lupa Kita Melayu Bila Pasal Duit Dan Kepentingan Diri-Dato' Prof Ir Dr. Sahol Hamid Abu Bakar


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 6:00 PM

0 Komen:

Post a Comment

Popular