Fasha Sandha Dan Jejai Kahwin Tahun Depan?

 
Wah,gosip dipagi hari…hehehe..agak lama tak update blog ini kerana sibuk dengan aktiviti-aktiviti lain.Hari ini baru sempat untuk online dan membaca berita.
Berita pertama yang menarik perhatian saya adalah mengenai Fasha Sandha dimana gosip mengenai perkahwinannya pada tahun depan.Adakah benar gosip itu???Jika benar gosip itu,ia lagi bagus kan?Lagi pun Fasha Sandha masih single dan umur pun meningkat setiap tahun.
 
"Jodoh, pertemuan dan ajal adalah takdir Allah. Kita tidak tahu apa akan terjadi esok. Insya-Allah jika ada jodoh, saya akan berkahwin," kata Fasha Sandha.Pelakon utama drama Cinta Elysa itu berkata demikian ketika ditanya mengenai desas desus dirinya bakal mengakhiri zaman bujang bersama buah hatinya, Rizal Ashram Ramli (Jejai), tahun depan.
Tidak mengiyakan mahupun menafikan, Fasha lebih senang memberi jawapan selamat terhadap gosip terbarunya.Namun, pelakon ini berkata, dia tidak lokek berkongsi berita gembira apabila sudah bersedia dan sesuai masanya."Bila tiba masanya dan bila saya sudah 'ready', saya akan berkongsi dengan semua. Buat masa ini, 'no comment'. Kita doakan yang baik-baik," katanya.
Sejak kebelakangan ini, khabar angin bertiup kencang mengenai ura-ura Fasha akan melangsungkan hari bahagianya dengan Jejai sekitar majlis ulang tahun kelahirannya pada 28 Mac 2012 nanti.-HMetro.
Kita doakan yang terbaik untuk Fasha Sandha ini supaya perancangannya berjalan lancar dan dijauhkan daripada kontroversi.Artis ini tidak pernah lepas daripada kontroversi-kontroversi yang hangat-hangat…hehe…


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 7:38 PM

0 Komen:

Post a Comment

Popular