Siri Baharu Wang Kertas Malaysia

 
BANK Negara Malaysia telah melancarkan wang kertas Malaysia siri baharu yang akan berlegar di dalam lingkungan ekonomi kita pada sekitar suku kedua tahun 2012. Ini adalah wang kertas siri ke-4 sebenarnya.
Siri Baharu Wang Kertas Malaysia
Apa yang paling membuat saya agak terharu kali ini adalah melihat kehadiran wang kertas RM20 turut ada di dalam siri baharu ini semula. Saya masih ingat ketika kecil dahulu (sekitar usia 10 tahun ke bawah), wang kertas RM20 memang ada tetapi tidak lama kemudian tiba-tiba hilang. Pada masa itu saya tidak faham kenapa ia hilang. Apa sebab wang kertas RM20 itu boleh menjadi tidak berguna dan tidak laku pula, walhal ianya adalah wang!
 
Bagi saya wang tetap wang, pada bila-bila masa pun ia wang dan tetap laku digunakan dimana jua. Sama sekali tidak terlintas di fikiran saya bahawa wang yang kita gunakan dalam urusan perdagangan seharian sebenarnya adalah nota janji kerajaan pemerintah (kerajaan yang memerintah dimana-mana negara sekalipun). Nilainya dijamin oleh kerajaan. Dan apabila kerajaan sudah tidak menjamin nilainya, ia menjadi kertas biasa kembali. Seperti yang terjadi kepada wang kertas lama RM20 berwarna coklat yang amat saya sukai itu..
 
Berbalik kepada cerita kita hari ini, wang kertas siri baharu ini lebih berwarna warni dan ceria dipandang. Warna latar utama untuk RM100 berwarna ungu, RM50 berwarna hijau-biru, RM20 kali ini berwarna oren (pula dah), RM10 masih lagi berwarna merah, RM5 pula hijau dan RM1 berlatar biru. RM2 tiada kali ini. Kesemua wang kertas ini diperbuat daripada bahan asas kertas kecuali RM5 dan RM1 daripada polimer.
Apa pula motif-motif yang mencorakkan wang-wang kertas ini?
 
RM100 – mengadaptasi keajaiban alam semulajadi negara kita yang telah dimasukkan sebagai tapak warisan dunia yakni Gunung Kinabalu dan formasi batu kapur di Taman Negara Mulu.
Siri Baharu Wang Kertas Malaysia
RM50 – memaparkan kemajuan dalam bidang sawit dan bioteknologi yang menjadi ikon ekonomi negara. Eh.. Wang kertas yang ini macam pernah tengok dan pernah pegang saja kan? Sebab yang ini memang sudah lama berlegar di dalam ekonomi kita pada masa ini.
Siri Baharu Wang Kertas Malaysia
RM20 – wang kertas kegemaran saya ini pula mengabadikan ilustrasi dua penyu yang hanya terdapat di perairan Malaysia sahaja iaitu Penyu Karah dan Penyu Belimbing.
Siri Baharu Wang Kertas Malaysia
RM10 – menampilkan Raflesia iaitu bunga terbesar dan sungguh menjolok mata walaupun berada di tengah-tengah hutan hujan kita.
Siri Baharu Wang Kertas Malaysia
RM5 – diserikan dengan Enggang Badak iaitu spesies enggang terbesar dan menjadi kebanggaan masyarakat Sarawak.
Siri Baharu Wang Kertas Malaysia
RM1 – disulami keindahan Wau Bulan yang menjadi permainan tradisional masyarakat Kelantan dan Terengganu.
Siri Baharu Wang Kertas Malaysia
Antara lain kenapa siri baharu ini diperkenalkan untuk menggantikan wang kertas sedia ada adalah untuk meningkatkan ciri keselamatan yang lebih baik seperti Potret Tera Air Piksel dengan Angka, Benang Kanta Mikro dengan petak berkilat berwarna. Di samping ciri keselamatan sedia seperti Imej Tanda Bayang, Tingkap Pandang Telus, Benang Keselamatan dengan Warna Berubah-ubah, Tanda Pandang Telus, Cetakan Intaglio, Unsur Cahaya Pendarfluor Limunan dan Cetakan Huruf Mikro. Maklumat lebih lanjut anda boleh baca di laman khas ini.


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 4:36 PM

0 Komen:

Post a Comment

Popular