Daripada hari Jumaat yang lepas, topik laman perkongsian fail hangat 
diperbincangakan dipelbagai forum, dan juga laman sosial. Ianya adalah 
kerana laman MegaUpload telah dipadam sepenuhnya daripada arena 
internet, dan menjadikan persoalan mengenai laman-laman perkongsian 
yang lain. Dan sebagai langkah alternatifnya, kumpulan hacktivist 
terkemuka, Anonymous seperti ingin melancarkan perkhidmatan tersendiri, 
dinamakan sebagai Anonyupload.
Seperti semua sedia maklum, kumpulan Anonymous amat ramai, dan mungkin 
ini merupakan salah satu usaha daripada sebahagian ahli kumpulan 
tersebut. Perkara ini tida diketahui adakah akan dilancarkan 
sebenar-benarnya ataupun hanya gimik semata-mata.
Daripada laman yang boleh diakses melalui Anonyupload.com dan juga 
AnonyVideo.com, ia menunjukkan mesej mengatakan perkhidmatan tersebut 
akan dilancarkan pada 25 Januari kelak, dan pelayannya akan dihoskan di 
Rusia, menjadikannya tidak tertakluk dengan undang-undang Amerika 
Syarikat.
Walaubagaimanapun, seperti diperkatakan sebelum ini, ianya tidak 
diketahui adakah ianya hanya gimik semata-mata ataupun adakah ianya 
akan dilancarkan sebetulnya.

0 Komen:
Post a Comment