GAMBAR - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor mengumumkan pengambil alihan porfolio Pengerusi Hal Ehwal Islam semalam, video beliau sedang berkaraoke mula tersebar di internet.

 


Setelah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor mengumumkan pengambil alihan porfolio Pengerusi Hal Ehwal Islam semalam, video beliau sedang berkaraoke mula tersebar di internet.

Rakaman video itu dibuat oleh channel pro Pakatan Rakyat, 'mediarakyat' yang merakamkan aksi Khalid sedang berkaraoke dalam satu majlis makan malam PKR, Kuala Langat pada 11 Jun tahun lepas.


Dalam sidang media semalam, Khalid mengumumkan beliau mengambil alih porfolio Hal Ehwal Agama yang sebelum ini disandang oleh Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dari PAS.

Khalid turut mengumumkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi, wakil dari PAS sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru untuk menjaga porfolio Adat Resam Melayu dan Belia dan Sukan sahaja. Sumber ni Mc ambil kat SINI

Tindakan menyebar gambar dan video Khalid ini mungkin dilakukan oleh pihak Pas Selangor sendiri yang kecewa dengan tindakan Khalid, ketepikan peranan Pas dalam hal ehwal menjaga agama.

Nampaknya Khalid tak berani melepaskan jawatan Exco agama, mungkin beliau takut Dr Yunus tak boleh dikudakan. Seperti mana yang diminta oleh Pkr dan Dap kelak.

No comments:

Post a Comment