Isu Madrasah Salihiah - Badan Bertindak dan Waris pada tanah wakaf, turun ke pejabat SPRM untuk membuat laporan!

 
Setelah pihak Badan Bertindak Selamatkan Madrasah berusaha dengan pelbagai cara untuk berdamai dengan kerajaan negeri, dan merayu supaya Kerajaan negeri, pemaju menghentikan 'niat' mahu merobohkan Madrasah Salihiah.

Namun segala usaha dan rayuan langsung tidak di layan. Bahkan usaha untuk mendapatkan penjelasan daripada MAIK juga gagal dan MAIK (Majlis Agama Islam Kedah) terus berdiam diri tanpa sebarang respon.

Sudah la MAIK tidak amanah dalam menjaga tanah wakaf khas ini. Di amanahkan untuk menjaga dan mengekalkan syiar Madrasah dan surau. Namun apa yang terjadi ialah, MAIK seolah mengadaikan tanah wakaf ini dengan harga RM1.48juta, tanpa izin dari waris tuan punya tanah wakaf.

Kejadian ini menjadi pelik apabila, penjualan MAIK kepada kerajaan negeri, tidak dimaklumkan, malah wang RM1.48juta terus di diamkan oleh MAIK dan menjadi tanda tanya kepada pihak waris dan penjaga Madrasah ini.

Disebabkan berasa curiga dengan tindakan MAIK dan Kerajaan negeri, Badan Bertindak dan Waris pada tanah wakaf, turun ke pejabat SPRM untuk membuat laporan!



Di hadapan pejabat SPRM

Selepas 2 jam.. di soal, pengerusi badan bertindak keluar dengan semangat baru..

Laporan yang dibuat..

klik untuk besarkan..


SPRM berjanji akan cuba menyiasat dan menyelesaikan perkara ini dengan cepat dan teliti. Kami rakyat Kedah, bahkan rakyat Malaysia khususnya berdoa semoga pihak SPRM dapat menyelesaikan kekusutan masalah ini.

Esok pihak Badan Bertindak akan failkan kes ini di mahkamah syariah Alor Setar.


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 4:42 PM

0 Komen:

Post a Comment

Popular