Loan ASB – Skim Pinjaman/Pembiayaan ASB Maybank

Kesan dari kenaikan BLR/BFR oleh bank-bank sejak awal bulan March ini telah memberi kesan kepada pinjaman/pembiayaan baru .Sama juga dengan Loan ASB atau Skim Pinjaman/Pembiayaan ASB.Yang saya nak share kat sini Skim Pembiayaan ASB Maybank yang terkini. BFR-1.65% masih kekal untuk pinjaman lebih dari RM30K.Difahamkan lock-in period adalah 2 tahun.
 
Contoh kalau pinjam dalam RM100k, maka kadar bersih adalah 4.15% (5.80-1.65).Jadi kalau kita assume dividen ASB pada 7.5% , net spread dia 3.35%.Installment bulanan dalam RM536 untuk tempoh pinjaman maksimum.Installment setahun RM 6,432.Dividen setahun kalau pada 7.5% x RM100k = RM7,500.Dividen tolak dengan installment setahun kita dapat net RM 1,068.
 
Bagaimanapun kelulusan bergantung kepada rekod CRIS/CTOS dan komitmen hutang masing2.Apa2 pun korang kena check dengan cawangan terdekat untuk keterangan lanjut.
 
Latest table bayaran bulanan boleh download file di ASB Repayment Table 2.

No comments:

Post a Comment