Malaysiakini Mengakui UMNO Tak Dapat Kawal Papagomo & Parpukari . Memang le Sebab Depa Bukan Budak Suruhan UMNO!

 





Malaysiakini portal milik pembangkang hari ini mengeluarkan berita mengenai Blogger Papa Gomo dan juga Parpu Kari sepertimana didalam gambar diatas. Gomo mengucapkan terima kasih buat portal pembangkang ini yang semakin hari dilihat banyak membantu popularity Blogger pro Kerajaan BN terutama Papa Gomo.

Gomo setuju dengan kenyataan portal Malaysiakini bahawa Blogger Papa Gomo, Parpu Kari dan lain lain blogger yang bebas tidak dapat dikawal oleh UMNO. Itu memang satu hakikat yang benar berlaku dan ianya tidak dapat dinafikan sama sekali.

Permulaan kami para Blogger Jalanan ini lahir secara sendiri dan tidak diajar oleh mana mana pihak untuk berblogg. Malah tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yang menyuruh kami untuk berblogg mahupun membuat artikel itu dan ini sepanjang kami hidup dalam dunia blogg ini.



Ini lah bukti yang nyata dan jelas buat rakyat bahawa kami Blogger Jalanan tidak bertuankan UMNO mahupun dibayar bulanan atau itu ini oleh UMNO dalam menyokong Kerajaan. Kenyataan Malaysiakini portal milik pembangkang itu sekaligus menafikan segala tomahan dan fitnah yang dilemparkan sebelum ini oleh pemimpin dan jentera pembangkang bahawa kami dibayar oleh UMNO.

Dalam dunia hari ini pembaca terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat sama da tua mahupun muda remaja. Jika dulu pelayar internet akan melayari blogg blogg melalui PC di pejabat mahupun rumah atau juga Cyber Cafe namun hari ini ianya amat berbeza sekali. Dari PC sampailah ke talifon bimbit blogg blogg sudah boleh dilayari dengan begitu mudah sama sekali.

Pembahruan yang dibawa oleh Blogg blogg jalanan memberikan impak yang besar buat negara dan ini terbukti apabila banyak isu isu yang diketengahkan oleh Blogger jalanan lebih mendapat tempat dimata masyarakat dan juga turut diambil oleh media media besar seperti Akhbar arus perdana dan Stesyen televisyen tempatan.


Fakta Bukan Auta

Blogg Papa Gomo sendiri menerima pembaca sekitar 70 ke 80 ribu sehari yang mana setakat ini sahaja sudah mencapai HITS sebanyak 19 Juta 173 Ribu. Belum lagi di blogg blogg jalanan yang lain untuk diambil kira jumlah pembaca nya.


"Kebebasan Bersuara Blogg Kami"

Sekarang ini pula Blogger jalanan Pro Kerajaan telah menguasai media Blogg dengan menewaskan Blogger pembangkang yang mana jika satu masa dulu mereka Blogg pembangkang lah jaguhnya. Ada faktor yang menjadikan Blogger jalanan pro Kerajaan lebih mendapat tempat dihati pembaca kerana kebebasan suara kami yang dilahirkan dalam Blogg.

Kami Blogger Jalanan bebas bersuara dan anda sendiri boleh lihat bagaimana keterbukaan kami dalam meluahkan sesuatu isu sama ada ianya memberikan impak buat Pembangkang mahupun kerajaan. Sebagai contoh apabila isu minyak tahun lepas dikatakan akan naik maka kami lah Blogger jalanan yang mendesak kerajaan dan ada diantara kami yang tegur ataupun dalam istilahnya (BALUN) Kerajaan agar kenaikkan minyak dihalang.


"Kebebasan Bersuara Blogg Kami"

Isu ISA yang mana dimansuhkan oleh Perdana Menteri, ada diantara kami yang bangkang dan melahirkan kekecewaan tersebut didalam Blogg dan yang terbaru berhubung pembebasan Dato Seri Anwar Ibrahim yang dibebaskan dalam kes liwat kami juga terang terang membalun Hakim, Mahkamah dan kini peguam Negara.


"Kebebasan Bersuara Blogg Kami"

Itulah kebebasan yang kami blogger Jalanan pro Kerajaan sampaikan namun tidak kepada blogger ataupun jentera Cyber pembangkang yang moto mereka "YES SIR". Apa sahaja kesalahan demi kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin mereka tidak sekali mereka menegur mahupun mengkritik. Terang terangan sudah didapati bersalah mereka akan terus membisu malah menutup pekara tersebut dari pengetahuan pembaca.


"Kebebasan Bersuara Blogg Kami"

Itu lah buktinya mereka telah terikat ataupun dengan kata lain "DIKONGKONG BANGAIKAN ANJING". Mereka Blogger Pakatan bertuan dan Malaysiakini sendiri sebagai portal pembangkang terikat dengan pekara ini yang mana dipaksa dan diarah untuk mengeluarkan ataupun menyembunyikan sesuatu pekara yang berlaku dalam suasa politik tanah air.

Rakyat semakin lama semakin bijak dan semakin ramai yang celik IT, peluang ini diambil oleh kami Blogger jalanan pro Kerajaan dalam memastikan rakyat yang menjadi pembaca kami mendapat kepuasan dalam melayari blogg blogg kami.



Akhir kata dari Gomo untuk semua, Terima kasih kepada portal pembangkang Malaysiakini yang telah membantu membersihkan nama Papa Gomo, Parpu Kari dan juga blogger blogger jalanan yang lain yang sebelum ini difitnah oleh pembangkang bahawa kami di BAYAR oleh UMNO.

Terima Kasih Malaysiakini......


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 6:42 PM

0 Komen:

Post a Comment

Popular