PELAJAR USM DI TAHAN UGUT LETUP HELIKOPTER PM DI FACEBOOK

 
 
GEORGE TOWN: Seorang pelajar berusia 24 tahun ditahan untuk disoal siasat selepas mengeluarkan kenyataan berunsur ugutan untuk meletakkan bom dalam helikopter yang dinaiki Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Facebooknya.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, pelajar terbabit dibawa ke ibu pejabat polis daerah di Jalan Patani untuk soal siasat pada pukul 1.30 petang, Ahad.
 
"Kes itu disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. Pelajar tersebut ditahan di kampusnya di Nibong Tebal.
 
"Kes itu masih dalam siasatan lanjut. Kami akan mengumumkan jika terdapat sebarang perkembangan," katanya ketika dihubungi, Ahad.
Satu laporan polis dibuat di balai polis Jelutong terhadap kenyataan dalam sebuah blog yang memaparkan profil Facebook pelajar itu.
 
Dalam status terbaru dalam profil Facebook itu menyatakan, Najib akan turun ke kampus…mari bom helikopter tersebut…'.

No comments:

Post a Comment