Saya Dipecat Kerana Kritik Anwar Ibrahim & DAP - Hassan Ali

 



KENYATAAN MEDIA DATUK DR HASAN ALI

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t. Sebentar tadi saya menerima berita pemecatan saya sebagai ahli PAS dengan serta merta. Saya amat terkejut dengan tindakan drastik yang di ambil oleh AJK PAS Pusat itu. Saya turut bersedih kerana perjuangan Islam saya selama ini dibalas sedemikian rupa. Saya akan merujuk kepada sahabat-sahabat dan meminta pandangan daripada teman-teman Ulama' mengenai tindakan selanjutnya yang patut saya ambil. Saya akan memanggil sidang akhbar dalam masa yang terdekat untuk menjelaskan lagi kedudukan perkara ini.

YB Dato Dr Hasan Mohamed Ali
ADUN Gombak Setia
8 Januari 2012


Inilah perlembagaan PAS yang terbaru. Kritik pemimpin PAS maka anda tidak akan dikenakan tindakan tetapi jika Kritik Anwar Ibrahim atau DAP tindakan buang Parti akan diambil.

Inilah PAS yang sebenar, kerana kuasa politik maka siapa yang menjadi penghalang akan disingkirkan dalam memberi laluan kepada pihak parti lain berkuasa.

Syabas YB Hassan Ali, untuk makluman juga beliau secara automatik nya digugurkan dari jawatan EXCO kerajaan negeri Selangor. Percayalah semua ini adalah satu rahmat buat YB Hassan Ali yang menjadi mangsa kerakusan politik dambaan PAS.


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 9:46 PM

0 Komen:

Post a Comment

Popular