Antara AdsFactor Dan Admax? Mana Yang Lebih Bagus Untuk Blog?

 

 

 

Media pengiklanan merupakan satu aset yang sangat penting bagi sesebuah blog.Di Malaysia,terdapat beberapa nama yang begitu gah dikalangan blogger antaranya seperti Nuffnang,Innity,Adsniaga ,Adsfactor,Admax dan banyak lagi.Semua ini pernah saya ceritakan didalam artikel-artikel terdahulu yang terdapat didalam kategori Blogging.

Untuk kali ini,saya hanya ingin menyentuh dua syarikat pengiklanan yang baru dipasang di blog 2dayblogger ini iaitu Adsfactor dan Admax.Saya mula pasangan kedua-dua iklan daripada syarikat berkenaan dalam tempoh 2 bulan yang lepas dan disini saya ingin berkongsikan sedikit mengenai kedua-dua jenis iklan berkenaan.

ADSFACTOR

Selepas Innity,saya memasang iklan Adsfactor.Performance untuk Adsfactor ini boleh dikatakan agak baik tetapi masalah yang dihadapi adalah kurang iklan @ kempen yang ditawarkan menyebabkan earning yang diperolehi sedikit.Bukan sahaja memperolehi earning yang sedikit tetapi earning akan dibahagikan 50 – 50 dengan syarikat Adsfactor.

Bagi sesebuah blog yang mempunyai kos maintenance yang tinggi,anda pasti akan mempunyai masalah sekiranya hanya harapkan earning daripada Adsfactor..hehehe…

ADMAX

Berbeza dengan Adsfactor,Admax menawarkan begitu banyak iklan @ kempen tetapi apa yang membuatkan saya hairan adalah earning harian adalah lebih rendah berbanding Adsfactor.Saya pernah terbaca di beberapa blog yang menceritakan mengenai Admax ini dan mereka mengatakan earning yang diperolehi adalalah tinggi.Tetapi kena earning yang saya perolehi agak mengecewakan?

KESIMPULAN

Untuk mendapatkan income yang pasif daripada blog bukanlah satu perkara yang senang dan sukar bagi sesebuah blog untuk memastikan blog mereka mendapat trafik dan income yang tinggi setiap bulan.Jika usaha kita kuat,maka banyaklah yang kita akan dapat dan kita kita malas,maka sikit lah yang kita dapat.

Bagi blog-blog yang baru,agak sukar untuk apply kedua-dua syarikat pengiklanan berkenaan kerana mereka meletakkan syarat yang agak ketat.Jadi,bagi yang masih baru menceburi dalam bidang blogging ini,syarikat yang sesuai adalah Nuffnang.Namun begitu,ia tidak memberi jaminan yang anda akan dapat earning setiap bulan.

Satu cabang lagi yang boleh anda terokai adalah Affiliate.Saya akan cuba kongsikan serba sedikit mengenai perkara ini pada masa akan datang


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 10:01 PM

0 Komen:

Post a Comment

Popular