Apa itu Google Adsense

Korang mesti tahu pasal goggle adsense kan? Kalau korang belum tahu lagi, meh sini aku bagitahu skit. Google adsense ni sejenis pengiklanan yang disediakan oleh google di mana orang yang nak beriklan akan hubungi google dan blogger akan register di http://www.google.com/adsense untuk ambil kod iklan adsense dan di letakkan kat blog masing-masing.

Macam mana dapat duit dari google adsense ni? Formulanya simple je, lagi ramai visitor blog klik iklan google adsense untuk mendapat info, lagi byk income adsense akan di perolehi oleh blogger.

Cara tunaikan duit dari akaun google adsense guna Western Union

1.      Korang kena ada min USD100 dalam akaun adsense korang untuk tunaikan income dari google adsense ni. Cuba tengok aku copy paste akaun google adsense aku ni. Bila korang dah sampai USD100, hujung bulan google aku keluarkan menu ' Details ' seperti di bawah. Korang klik ' Details' tu.

2.      Akan keluar macam kat bawah ni:

 

3.      Klik ' view details in payment history '

4.      Klik pulak ' Statement of Earnings ' dan print. Kalau taknak print, kena salin alamat google dan payment number.

 

5.      Pergi ke mana bank yang ada khidmat western union seperti CIMB dan isi boring terima duit warna kuning. Alamat google, payment number dan jumlah USD tu diorang nak. Tak sampai 8 minit, kerani kaunter akan bagi duit tunai kat korang.

No comments:

Post a Comment